Buku ini Sampai di Tangan Tepat Pada Waktunya

bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Apa kata pembaca buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan ( BKAK )

Masya-Allah! Alhamdulillah! Hati saya benar-benar tersentuh tatkala menerima kiriman salah seorang testimoni pembaca buku
BKAK yang membaca buku ini. Tanpa saya sedari air mata saya mengalir.  Lalu saya segera sujud syukur atas rahmat dan kasih sayang-Nya.

Izinkan Era berkongsi luahan hati dari salah seorang pembaca buku BKAK. Moga menjadi inspirasi buat pembaca mahupun bakal pembaca buku BKAK. Insya Allah.
*******************************

Subhanallah…
Subhanallah…
Subhanallah…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Apa khabar sahabatku Era?

Alhamdulillah.. saya baru selesai membaca buku yang Allah “hadiahkan” saya melalui Era..
BKAK…buku yang membuka mata hati saya untuk hanya bergantung harap kepada yang Esa..

Terima kasih Allah…kerana menggerakkan hati Era untuk menghadiahkan saya buku yang mengajar saya (hati saya) untuk redha dan berlapang dada berdepan dengan segala macam yang saya kira sebagai masalah besar yang tidak mampu untuk dileraikan…

Saya bersyukur sangat  kerana dikurniakan sahabat BKAK yang membimbing dan mengajar saya memperbaiki “masalah hati” saya yang sudah bersarang bertahun-tahun lamanya dan menjadi sebati dalam kehidupan saya.

“Masalah” itu telah memakan diri saya sendiri…
Masalah itu juga merosakkan hati nurani saya…
Alhamdulillah… “masalah” yang saya rasakan “berat” itu telah saya leraikan perlahan-lahan pada malam sehari sebelum saya selesai membaca buku BKAK…

Pada masa tu, dengan mata yang mengantuk, badan saya yang  kepenatan selepas seharian bekerja..
Saya telah “melepaskan” api kemarahan yang selama ini saya pendamkan sehingga melukakan hati-hati insan yang saya sayangi…

Ternyata pada masa itu syaitan telah berjaya menguasai  hati, minda & tindak tanduk saya ketika itu…
Bergetar menggigil badan dan tanganku, serta terasa sejuk satu badan saya.

Era..
Tapi, dengan kuasa Allah, saya beristighfar & berzikir seperti masa-masa saya dalam kebingungan..
Astagfirullah hal ‘aziimm..

Subhanallah…
Subhanallah…
Subhanallah…
Pada masa tu saya dapat rasakan Allah beri saya kekuatan untuk saya berani menjernihkan keadaan pada masa itu…

Allah beri kekuatan pada saya untuk selesaikan masalah yang selama ini “menghantui” kotak hati dan minda saya untuk menjadi hamba yang suka berdendam kepada hamba Allah yang lain..
Alhamdulillah..

Segala yang ku pendam…yang selama ini bersarang, mungkin juga perasaan”benci” itu sudah”beranak pinak” dalam jiwa ibarat darah yang “pekat” yang mengalir dalam setiap tubuh badanku…
Akhirnya, ku rasakan seperti sudah “ringan” darah beku & pekat itu sudah “cair”.

Hatiku lebih tenang….

buku bersama kesusahan ada kesenangan

Subhanallah..
Subhanallah…
Subhanallah…
Sekarang saya sedang berusaha untuk memperbaiki hati dan tingkah laku yang selama ini memakan diri sendiri…

Bantulah hamba-Mu ini ya Allah…
Berikanku kekuatan untuk menjadi hamba Mu yang bersyukur & bersabar…
Sungguh! Di dalam kapayahan, keperitan itu ada hikmah yang membahagiakan…

Alhamdulillah…
Saya banyak sekali belajar bagaimana untuk redha dengan ujian-ujian Allah selama ini..
Buku BKAK banyak membantu saya Era…

Alhamdulillah…
Terima kasih sekali lagi Era….
Saya juga baru mengerti mengapa Allah timpakan ujian-ujian dalam hidupku…

Persis seperti apa yang ada dalam novel BKAK…
Sebenarnya Allah sayangkan hamba-Nya. Allah mahu kita kembali kepada-Nya…

Setelah ujian demi ujian Dia hantarkan…supaya kita sedar bahawa hanya Allah yang perlu kita harapkan…
Saya pegang kata-kata “tiada satu apapun di dunia ini yang boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah…”

Allah beri saya masa yang banyak untuk saya habiskan bacaan buku BKAK…
Subhanallah…
Subhanallah…
Subhanallah…

Setiap kali suami saya pergi menunaikan solat fardhu..saya ambil peluang untuk baca buku BKAK sementara menunggu beliau selesai solat..

Alhamdulillah…masa saya itu terisi dengan saya “menuntut ilmu” dengan “sahabat” yang Allah hadiahkan kepada saya iaitu buku BKAK…

Bila saya renung-renungkan dan fahami BKAK, benar… Allah mahu saya habiskan bacaan BKAK…dan saya mulai mengerti akan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.

Selama ini saya hanyut dengan duniawi…hingga lupakan Allah di kala suka mahupun duka…
Tapi dengan Kasih Sayang Nya…Allah tetap “ambil kisah” kepada saya..

Walaupun hamba-Nya ini (saya) selalu melupakan-Nya..
Allah mahu saya kembali kepada-Nya.. ke jalan yang Allah redhai..
Era, tolong saya ya!… saya teringin mahu berubah menjadi hamba yang baik di sisi Allah…

Saya mohon Era tolong ingatkan saya untuk istiqamah menuju jalan yang Benar pada pandangan Allah ya…

Era.. BKAK sampai di tangan saya tepat pada waktu yang Allah telah rancang…
Alhamdulillah… Allah temukan kita walau dari jauh.. saya sangat bersyukur…

*************

Begitulah luahan hati beliau salah seorang pembaca buku BKAK dari Sarawak.

Sesungguhnya Era bukan sesiapa. Era hanyalah hamba-Nya yang menulis dan berkongsi bahawa sungguh benar janji-Nya bahawa BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN sebagaimana terakam dalam Al-Quran. Allah jugalah yang selayaknya dipuji .

Terima kasih Allah kerana sudi tadbir diri kami dengan kefahaman-Mu.

Moga buku ini menjadi asbab hidayah untuk kembali kepada kasih sayang Allah. Ameen Ya Robb.

 

Testimoni pembaca buku bersama kesusahan ada kesenangan 6Testimoni pembaca buku bersama kesusahan ada kesenangan 5testimoni buku bersama kesusahan ada kesenangantestimoni buku bersama kesusahan ada kesenangan
testimoni buku bersama kesusahan ada kesenangantestimoni buku bersama kesusahan ada kesenanganapa kata pembaca buku bersama kesusahan ada kesenangan 1testimoni buku bersama kesusahan ada kesenangan

 Alhamdulillah.

Kepada yang ingin mendapatkan buku BKAK ini boleh di dapati di MPH bookstore ataupun boleh hubungi Era. Insya Allah.

Usah Membangau Lagi!

bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Alhamdulillah, bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang budiman dalam program Profesional Learning Facilitator yang lepas.

Melaluinya kami banyak belajar bagai sebuah keluarga untuk menambah nilai  antara satu sama lain. Alhamdulillah, selama tiga hari kami “disekolahkan” dalam program PLF.

Sifu Mohd Rizal, yang senang dipanggil “Rizal” sangat disenangi di kalangan kami dan pesanan yang dipasak dan ditanam pada diri kami adalah “Usah membangau lagi!”.

Bersama Sifu Rizal

Jika diteliti terkandung banyak maksud tersurat dan tersirat dalam kata-kata “Usah membangau lagi”

Izinkan saya berkongsi pengajaran tersurat yang saya belajar semalam tentang “Usah Membangau lagi”.

Professional Learning Facilitator program

Setiap saat adalah pilihan dan kitalah yang memilihnya.

Setiap orang ada impian yang hendak dicapai. Bila kita sudah memilih impian kita, kita berusaha untuk buat yang terbaik untuk capai impian kita.

Adakah kita masih berjihad dalam mencapai impian kita? Ataupun kita takut untuk mencipta impian?

Apakah yang menyebabkan kita berhenti untuk tidak meneruskan impian kita? Adakah ketakutan yang menyebabkan kita berhenti? Ataupun takut apa orang lain kata?

Ataupun adakah pengalaman ngeri yang menyebabkan kita tidak mahu meneruskan impian kita? Atau kita sudah putus asa?

Adakah kita masih mahu menyalahkan orang lain atau situasi sukar yang kita lalui?

Apa jua jawapan yang kita berikan, itu adalah “Bangau” yang kita wujudkan. Semuanya berbalik kepada diri kita.

Tiada yang mampu mengubah situasi kita melainkan diri kita sendiri. Jadi belajar untuk hentikan segala alasan, kerana alasan itu adalah “Bangau” yang kita wujudkan sebagai penghalang.

bersama sahabat professional Learning Facilitator program

bersama sahabat professional Learning Facilitator program

bersama sahabat professional Learning Facilitator program

Perkongsian beliau pada hari yang ketiga menambahkan lagi getar kami untuk terus melangkah dan bertindak dalam mengajak diri kita serta orang lain dalam berkongsi manfaat dalam mencapai objektif hidup yang jelas.

Bukankan Allah bersama kita? Perjuangan harus diteruskan. Lahawlawala quwwata illa billah…

Katakan dengan orang di sebelah anda “Usah Membangau lagi!”

bersama sahabat professional Learning Facilitator program

Professional Learning Facilitator workbook

sahabat professional Learning Facilitator program

sahabat professional Learning Facilitator program

Mohon doakan kami semuanya agar kami berjaya mencapai impian untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat buat ummah agar Allah redha dengan kami dan Rasul redha kami sebagai umat Baginda.

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan manfaat buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen.

Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.

Mengundang Kesenangan dengan Bersyukur

bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Bacalah dengan penghayatan, wahai sahabat-sahabat budiman yang disayangi Allah dan Rasul

Kisah Penjual Suratkhabar

Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegagalan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Nampaknya seperti sebuah buku.

Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacanya. Namun perlahan-lahanku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

Lalu salam diberi; “Assalamu ‘alaikum”
Penjual surat khabar: “Waalaikum salam”

“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?” …
Penjual surat khabar: “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”

“Wah susah juga ya kalau hujan begini” …
Penjual surat khabar: “Insya Allah adalah rezekinya.”

“Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
Penjual surat khabar: “Itu maksudnya rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”

“Kenapa?”
Penjual surat khabar: “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah waktu mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

“Jadi, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
Penjual surat khabar: “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”

“Kalau tidak ada yang boleh dimakan”? …..
Penjual surat khabar: “Bererti rezeki saya berpuasa”

“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
Penjual surat khabar: “Allah Subhanahuwa Ta’ala yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Walaupun jualan surat khabar tidak laku, dan harus berpuasa, Alhamdulilah, saya tidak pernah kelaparan” – katanya sangat ikhlas menutup bicara kata…

hujan rahmat seperti rezeki yang mengalir

Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pun pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung… tanpa kusedari cermin mataku menjadi gelap kerana bercucuran air mataku. Aku tersedar dan terpukul dengan kata-kata penjual surat khabar jalanan.

Ada penyesalan di dalam hatiku. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Adakah aku khuatir tidak mendapat wang?, Risau baju di sidaian basah? Atau merungut dalam jem disebabkan hujan? Ataupun keluh kesah tidak boleh dapat pelanggan yang mahu membeli barang jualan?

Aku tertunduk malu. Seperti Allah mahu sampaikan teguran buatku, bahawa rezeki bukan wang semata-mata. Tatkala kita mampu bersyukur saat di uji adalah satu nikmat yang besar. Kita belajar untuk mengatakan:

“Ya Allah aku bersyukur dengan setiap langkahku, hatta dengan ujian yang Engkau datangkan, kerana aku ingin membalas-Mu dengan kata-kata tuturku yang membuatkan Engkau senang dan Redha denganku”

Sahabat-sahabat kesayangan…

Bila kita mampu bersyukur saat di uji, adalah jauh lebih bermakna dan tatkala itu Allah dengan kasih-Nya menaburkan ketenangan dalam jiwa yang tak terjangkau dek akal.

Saat itu kita mahu segera bersujud kepada-Nya, merebahkan diri pada-Nya atas nikmat bahagia, rasa kasih-Nya. Hanya ucapan Alhamdulillah berkali-kali menerobos ke dalam jiwa yang dahaga dan rindu pada Ilahi…Alhamdulillah

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan semangat untuk kita terus bersyukur saat di uji. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen.

Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.