Kenapa dunia ke arah wang digital, crypto dan sistem blockchain?

Bismillah… masa untuk berubah. Tiba-tiba teringat pesan guru, kita tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah. Setiap hari kita perlu berubah jadi lebih baik dari semalam.  Sedarkah anda dunia menuju ke fasa blockchain sistem?

Continue reading “Kenapa dunia ke arah wang digital, crypto dan sistem blockchain?”

Tahukah Anda bahawa Blockchain – Lombong Emas Zaman Ini ?

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Jika anda benar-benar bukan orang yang sombong teruskan baca kata-kata dari artikel ini. Mungkin ada sesuatu keilmuanNya yang anda perlu tahu. Jika anda adalah orang yang sombong tidak perlu teruskan baca artikel ini.

Seminar blockchain Kebangsaan dan bengkel matawang kripto 2018

Ia bermula tatkala saya berdoa Ya Allah ilhamkanlah hamba dengan salah satu pintu rezeki yang melaluinya hamba boleh menyaksikan kekayaan-Mu serta bantu memberi manfaat kepada umat Muhammad sallallhu alaihi wasallam.

Waktu itu, ia hadir. Pada mulanya saya tidak ambil peduli, sehinggalah akhirnya saya “dipaksa” untuk pelajari apakah itu “cryptocurrency” atau dalam bahasa melayu wang kripto.

FOIN blockchain Technology

Antara petikan buku 50 dalil kenapa ada wajib miliki bitcoin adalah seperti berikut; semoga kita sama-sama belajar sesuatu hari ini.

100 tahun dahulu, sesiapa yang memiliki lombong emas, perak, gangsa, timah atau apa-apa bijih akan menjadi kaya raya. Lihat sahaja Long Jaafar dan Ngah Ibrahim, mereka dikatakan pernah menjadi orang terkaya di Asia Tenggara atau mungkin Asia.

Mereka yang terlibat dengan industri tersebut juga akan mendapat sedikit tempias dan kekayaan tersebut seperti puak-puak kongsi gelap Hai San dan kaum kerabat mereka. Sehinggalah harga komoditi lombong mereka jatuh teruk, pelombong tidak menjadi kaya seperti sebelum ini.

Setelah Lombong-lombong habis dikorek, zaman melombong bijih mula berakhir. Zaman pemilikan aset tanah untuk ladang tanaman seperti getah, pokok, kopi, koko dan tembakau pula berganti . Pemilikan tanah dan ladang mendapat laba dek kerana permintaan terhadap komoditi-komoditi tersebut melonjak naik.

Industri perladangan dan pertanian di perlahankan pd era Dr Mahathir. Beliau membawa Malaysia menjadi negara industri berat dan teknologi. Kilang kilang besar dibina, banyak agensi dan sektor kerajaan dikorporatkan dan di swastakan seperti LLM kepada TNB. Mereka yang terlibat awal dengan perubahan ini menjadi kaya raya di bawah polisi Dr. Mahathir ini.

Selepas itu, era minyak dan gas mula menguasai kekayaan bumi bertuah ini. Mereka yang terlibat awal dengan industri tersebut menjadi warga elitis dan kelas atasan. Mereka yang bekerja dalam sektor ini dianggap bertuah dan ada-ada. Tetapi, hidup ibarat roda . Kini sampai giliran era minyak dan gas berakhir. Graduan kelas pertama ijazah kejuruteraan petroleum juga tiada pekerjaan hari ini.

Selain itu, geran-geran kerajaan yang dibolot oleh orang terdahulu yang menjadikan mereka kaya-raya dengan bantuan kerajaan tersebut. Tetapi kini, geran-geran yang dulu menjadi mudah atau bantuan modal untuk usahawan di Malaysia untuk maju dalam perniagaan sudah makin berkurang, bahkan makin ketat dan makin payah.

Jadi, apa yang tinggal untuk generasi kita hari ini?

Kita tiada peluang untuk melombong, kita tiada tanah jika tidak diwarisi dari tok wan kita. Kita tiada ruang untuk menyelit untuk mendapatkan dana kerajaan yang makin ketandusan dan ketat. Jika ada sekalipun, hampir kering dibolot para politikus dan kroni.

 

.

Adakah Allah tidak Adil?

Jawapannya, Allah Maha adil, Allah yang mengayakan manusia 80 tahun dahulu adalah Allah yg sama dengan Allah kita hari ini. Allah yang dahulu menabur rezeki, Allah yang sama juga terus menerus melimpah rezeki kepada kita. Terpulang kepada kita untuk mengutipnya atau tidak.

Awal tahun 90 -an, dunia digegarkan dengan industri komputer yang dipacu gema gelombangnya oleh microsoft. Menjadikan Bill gates manusia terkaya di dunia. Kemudian, internet hadir dalam industri ini, lahirlah pula jutawan-jutawan muda dalam industri ini seperti pemilik facebook, instagram dan lain-lain.

Kesimpulannya, lombong untuk hari ini adalah internet. Allah menjadikan internet sebagai lubuk untuk mereka yang mahu mengutip kekayaan. Lihat sahaja Jack Ma, pemilik asal Ali baba yang begitu optimis dengan internet telah berjaya pada hari ini.

FOIN jana pendapatan

Dalam lombong- lombong internet yang ada, teknologi blockchain adalah lombong emas terbaru. Teknologi Blockchain adalah ciptaan ‘magnus opus’ seorang yang genius. Produk teknologi Blockchain yang paling popular adalah Bitcoin. Bitcoin telah menyebabkan ramai generasi muda menjadi jutawan segera dek kerana mereka percaya dan optimis dengan produk teknologi Blockchain tersebut. Sama ada ia secara halal atau haram.

Penulis telah menjalankan kajian terhadap teknologi blockchain bermula dengan membuat
“Trading”, melakukan “mining” dan membuat “coin” sendiri. Penulis telah cuba mengubah teknologi Blockchain yang penulis sendiri buat setelah ia dilancarkan. Tetapi teknologi tersebut kebal dari sebarang perubahan dan gangguan setelah ia dilancarkan.

Masih banyak idea, ruang dan peluang untuk kita “utilize” teknologi Blockchain dengan baik. Belajar dan kajilah kehebatan Blockchain. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai teknologi ini. Tiada guna penyesalan di kemudian hari sebagaimana datuk dan nenek kita menyesal melepaskan lombong-lombong bijih kepada pendatang asing.

INI ZAMAN KITA, ERA KITA, DAN INI LOMBONG EMAS KITA!.

 

 

Sudahkah anda memilikinya? Kata orang putih “Beter late than never”. Ikuti selanjutnya bagaimanana anda boleh menjana pendapatan dalam link berikut insyaAllah. Mahu Jana Pendapatan. Bagaimana?

FOINS blockchain teknologi

Moga kita berpaut dengan ikatan silaturrahim melalui alam maya ini. Moga sahabat yang membaca ini diberkatiNya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Saya doakan kepada sahabat yang sudi berkongsi artikel ini, moga Allah titipkan hadiah dan kurniaan yang terbaik disisiNya buat sahabat-sahabat pembaca. Amiin. Walaupun kita belum pernah bersua muka, moga kesudian menyebarkan tulisan ini menjadi asbab kebaikkan. Insya Allah.