3 Tips Bagaimana Bersara Awal dengan Trade Saham

Saya Gembira Untuk Berkongsi 3 Tips Bagaimana Bersara Awal dengan Trade Saham.

Apabila kawan-kawan melihat saya dari luaran, ramai yang tidak percaya saya adalah seorang  trader saham. Alhamdulillah, tatkala saya dipertemukan dengan platform untuk trade saham ini, saya terdetik hati yang saya bolehlah bersara awal. Maka artikel ini saya tulis dengan niat untuk berkongsi 3 tips bagaimana saya bersara awal dengan trade saham insyaAllah.

Sebelum ini  saya bekerja dalam bidang perbankan selama hampir  10 tahun sebagai pegawai bank dan akhirnya telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus Bank. Walaupun begitu begitu akhirnya saya berhenti kerja dengan platform Education ini.

1 ) Bagaimana Anda Mahu Bermula?

Untuk bermula anda perlu pasang niat kenapa anda mahu trade saham. Niat anda mestilah tidak fokus kepada duit tetapi mestilah kerana mahu menyaksikan kekayaan Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Melaluinya kita boleh memberi manfaat dan kebaikkan bukan sahaja diri kita dan keluarga tetapi untuk manfaat umat Nabi Mulia. Niat penting kerana niat anda akan menentukan kejayaan anda dalam dunia saham insyaAllah.

niat yang betul mahu trade saham

2) Perlu ada ilmu

Alhamdulillah, saya bermula dengan pergi ke kelas saham untuk belajar ilmu tentang apa itu saham dan kelas teknikal bagaiman untuk trade saham. Selain itu saya juga membaca buku-buku tentang saham. Jika anda mahu lebih berjaya, cuba ikuti circle yang sudah ada pengalaman tentang saham. Jika anda mahu, boleh ikuti blog saya ataupun facebook saya Era Adlina

bersara awal dengan trade saham

3) Tindakan untuk bermula

Jika anda benar-benar sudah ada ilmu, maka anda boleh mula untuk buka akaun saham dengan broker saham. Saya pada mulanya bermula dengan Saham-saham yang di dagangkan di Malaysia. Alhamdulillah kini saya sudah upgrade diri untuk trade saham di bawah Shariah US Stock kerana currency USD adalah empat kali ganda lebih biasa dari Ringgit Malaysia.

tindakan untuk trade saham bina networking

Masya-Allah! Alhamdulillah!

Rezeki dalam USD setiap hari. Masih saya ingat sewaktu ketika saya diilhamkan berdoa untuk menjana pendapatan setiap hari dalam USD.
Waktu itu diri ini tertanya-tanya, tidak tahu bagaimana caranya. Begitulah nikmat MENYAKSI Ar Razziq Yang Maha Memberi REZEKI.

Kadang-kadang bila berdoa kita pikir logik. Soalan untuk diri ini. Apa yang ALLAH tak boleh buat?

Yang penting NIAT kena betul dalam apa saje yang kita nak buat.
Tatkala ditemukan dengan platform education ini, saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab cita-cita untuk bersara awal telah tercapai. Yang paling seronok  saya bukan sahaja bersara seawal umur 30 tetapi telah bantu orang lain bagaimana mahu bersara awal dan memberi manfaat kepada orang lain.

Fa’lam Annahu La ilaha illAllah. (QS 47: 19)

Peringatan Nombor 1 Yang Anda Patut Lakukan

Apa jua keputusan yang kita buat, mesti rujuk kepada Yang Maha Tahu Segala Yang Ghaib dan Yang Nyata. Solatlah Istiharah minta petunjuk dari DIA YA HADI Yang Maha Memberi Petunjuk.

Moga kita berpaut dengan ikatan silaturrahim melalui alam maya ini. Moga sahabat yang membaca ini diberkatiNya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Saya doakan kepada sahabat yang sudi berkongsi artikel ini, moga Allah titipkan hadiah dan kurniaan yang terbaik disisiNya buat sahabat-sahabat pembaca. Amiin. Walaupun kita belum pernah bersua muka, moga kesudian menyebarkan tulisan ini menjadi asbab kebaikkan. Insya Allah.

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge