Alhamdulillah! Blog Pertama Saya

Bismillah…

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillah! saya masih lagi terkejut dengan “hadiah” dari Allah ini. Tatkala Allah pertemukan saya dengan seorang yang saya anggap cikgu yang mengajar dari hatinya.

Beliau adalah saudara eizil yang bukan sahaja mengajar saya dalam menulis artikel untuk blog pertama saya, malah berkongsi pengalaman tentang kepentingan menulis blog dan bagaimana ia dapat bantu memberi manfaat kepada pembaca.

 

Kenapa Mahu Menulis Blog?

Sebenarnya impian menulis blog ini sudah lama saya simpan. Anda bagaimana? Pernah berimpian menulis di blog? Impian menulis blog ini timbul apabila, salah seorang pembaca buku saya bertanya kepada saya  samada saya mempunyai blog untuk dimanfaatkan daripada penulisan blog tersebut.

Lalu saya terfikir, kenapa blog? Ketika itu saya tertanya-tanya bagaimana nak bina blog? Kita menulis untuk memberi inspirasi agar setiap apa yang ditulis memberi manfaat dalam masa yang sama menjadi amal soleh sebagaimana yang Allah suka.

Selain itu, kelebihan menulis blog yang menarik minat saya adalah hanya dengan satu artikel sahaja kita dah boleh publish untuk manfaat pembaca. Lebih cepat sampai kepada pembaca hanya melalui platform internet. Insya Allah.

bunga cantik berembun di taman

Apakah Tindakan Seterusnya?

Setiap impian itu kita ceritakan pada Allah. Mulakan bicara dengan-Nya mengakui kita hanyalah hambaNya yang memang jahil dan tak pandai membina sebuah blog. Bergantung harap mohon Allah tunjukkan jalan yang terbaik dalam pengetahuan-Nya.
Bila berbicara dengan Allah, letakkanlah diri kita bukanlah sesiapa, kita hanyalah hamba-Nya. Letakkanlah Allah no.1 dalam hidup kita. Allah menjadi tempat kita meminta dan berbicara. Ceritakan apa jua situasi kita dan apa yang menjadi penghalang kita untuk menulis blog.

bunga merah tinggi backgroud langit biru

Bagaimana Blog ini Terhasil?

Bila Allah aturkan pertemuan dengan saudara eizil, saya tersentuh dan merasakan Allah menghantar bantuan melalui hamba-Nya yang baik hati.

Antara kata-kata beliau yang menyentuh hati saya adalah “takpe, jangan pening nak fikir macam mana nak dirikan blog, tenang-tenang je, saya akan ajar, biar saya fikir dari sudut teknikalnya. Saya cuma nak minta komitmen anda menulis artikel yang pertama.”

Lalu teruskan bertindak untuk menghasilkan artikel pertama atas rasa syukur. Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam bersabda “Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepatkan hartanya.” (HR. Muslim)

Masih tidak terlambat untuk bertindak

Saya tersentuh bila Allah memperlihatkan saya kesungguhan saudara eizil dari tutur kata bicaranya yang betul-betul mahu kami anak didiknya berjaya untuk memberi inspirasi dan manfaat kepada orang lain melalui penulisan blog.

Perkongsian ilmu dari beliau menyebabkan saya bagaikan tidak percaya bagaimana result yang terhasil dengan teknik menulis blog yang betul dan jelas. Subhanallah!

Beliau mengajar dengan tulus hatinya walaupun karakternya yang memang selamber. Sehinggakan  kesungguhan itu, beliau merekodkan dalam jadual hariannya untuk sesi konsultasi lanjutan dengan anak didiknya termasuklah saya. Allahu Akbar! Saya belajar sesuatu. Anda boleh ikuti blog beliau @ eizil.com Insya Allah.

Percayalah bila kita sentiasa bersangka baik dengan Allah, pasti Allah Al-Hadi (Yang Maha Memberi Petunjuk) pertemukan kita dengan hamba-Nya yang terbaik dalam pengetahuan-Nya.

Kasih Allah terlihat dari kucing comel ini

Belajar Melihat Sesuatu Adalah Tanda Kasih-Nya

Bila saya lihat sikap saudara eizil ini, tatkala itulah saya memandang tanda kasih Allah yang Maha Mentadbir pada setiap makhluk-Nya.

Lalu teringat saya dengan pesanan seorang guru, bila kita memandang setiap satu kebaikan itu, pujilah Allah. Katakan  Alhamdulillah Terima kasih Allah kerana sudi tadbir diri kami dengan kepintaran-Mu, Terima kasih Allah kerana sudi tadbir diri kami dengan kebaikan-Mu, Terima kasih Allah kerana sudi tadbir diri kami dengan kasih-Mu.

“Barangsiapa mengenal Allah melalui nama-namaNya, sifat-sifatNya dan perbuatan-perbuatanNya, pasti dia akan mencintai-Nya” (Ibnu Qayyim, Al-Jawabul Kafi)

Tangan comel baby bersama ibu

Jika anda pernah terfikir untuk menulis blog dan nak belajar menulis dan dirikan sebuah blog, solatlah istiharah ataupun solat hajat. Lihatlah sendiri bagaimana Allah susun atur dengan kasih-Nya. Alhamdulillah.

Itulah perkongsian serba sedikit tentang blog pertama saya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh tanya di ruangan komen. Ataupun jika ada sebarang teguran mahupun cadangan untuk saya menghasilkan artikel yang lebih baik untuk manfaat orang ramai, silakan komen Insya Allah.

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

8 thoughts on “Alhamdulillah! Blog Pertama Saya”

    1. Alhamdulillah, terima kasih Eizil kerana sudi tunjuk ajar dan bersabar dengan pertanyaan era untuk dirikan blog. Moga Allah beri pahala dan ganjaran yang terbaik di sisiNya buat Eizil 🙂

  1. Bagus.. tahniah.. teruskan menulis sehingga rasakan tidak lengkap sehari tanpa menaip..
    Tips: Sila konsisten selama sebulan.. InshaAllah akan jadi habit terbaik kelak..
    By the way, sambil menulis tue terokai juga bab adsense tau.. hehehe.. 😛

    1. Alhamdulillah, terima kasih di atas tips yang membina. Doakan saya agar dapat istiqamah menulis secara konsisten. Saya tak berapa faham bab adsense ni, bolehlah tunjuk ajar saya Insya Allah 🙂

  2. Alhamdulillah … tahniah Era.. sangat bagus ..thumb up !! Melalui penulisan dapat memberi ilmu, melalui penulisan juga dapat menyimpan ilmu.. seperti tertulis dalam surah Al Alaq ayat 4 ” yang mengajar manusia dari pena dan tulisan”. Teruskan usaha ..semoga berjaya dan mendapat rahmat Allah. Amin.

    1. Aameen. Alhamdulillah, terima kasih Nur Haidah atas sokongan dan nasihat yang membina. Ingat era dalam doamu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge