Anda Ingat ALLAH ketika makan? Bagaimana? Itulah Rahsia Sunnah semasa Makan

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Alhamdulillah, sekarang anda bayangkan makanan kegemaran anda terhidang di atas meja yang beralas meja yang berbunga-bunga. Tatkala memandang makanan kegemaran anda tiba-tiba terliur rasa tak sabar nak makan bukan?

kambingleleh

Jawap soalan ini adakah anda lebih fokus dengan kelazatan makan di atas meja, malah sebelum makan lagi kita dah mula terliur membayangkan rasa keenakkan makanan kegemaran kita. Tapi tatkala membaca doa makan itu adakah kita terliur ingatkan Allah? Atau kita memang kerapkali terlupa baca doa makan kerana terlalu lapar untuk menikmati makanan di ats meja.

Persoalannya mengapa jadi begitu ye pernahkah kita terfikir?

 

Rahsia Doa Makan

Apakah perkara sunnah yang anda harus buat sebelum makan? DOA MAKAN… ye itulah jawpan yang biasa kita dengar. Doa makan yang bermaksud Bismillahir Rahmanir Rahim “Ya Allah berilah kami keberkatan di dalam apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka.

Pernah anda terfikir mengapakah dalam doa makan selain mohon keberkatan rezeki kita disuruh berdoa untuk pelihara dari seksa neraka. Apa sebenarnya kaitan makan dengan perlindungan api neraka?

Pernahkah kita sedar besarnya nikmat semasa makan jika kita beramal dengan syahadah iaitu rukun islam pertama?

Apatah lagi jika kita benar-benar faham rahsia doa makan sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kepada para sahabat.

syahadah makan

Nikmat Syahadah ketika Makan

Izinkan saya berkongsi testimoni seorang anak yang berumur 9 tahun tatkala beramal dengan sunnah semasa makan:

“Ketika saya sekeluarga pergi makan di Restoran, masa itu saya meminta makanan banyak sangat, saya makan dengan gelojoh dan saya tak nafi, saya ingat makanan itu yang bagi kenyang, sedap dan manis. Alhamdulillah selepas belajar Syahadah baru saya sedar dan tahu bahawa makanan tak bagi kenyang dan kelazatan makanan itu, malah saya sedar kerana ALLAH yang bagi kenyang dan kelazatan makanan itu. Malah saya tidak lagi makan dengan gelojoh selepas beramal dengan syahadah ketika makan.”

– adik Muhammad Danish Aiman (9 tahun)

 

Pelajarilah syahadah sebagimana perintah ALLAH

Masya-Allah! Alhamdulillah! Saya sendiri terpesona dengan kata-kata seorang kanak-kanak muda yang boleh ingat Allah ketika makan. Bagaimana dengan diri kita? Pernahkah kita terfikir besarnya nikmat mengingati Allah hatta ketika makan?

Bagaimana ia boleh mengubah transformasi diri dan akhlak seorang kanak-kanak malah diri kita sendiri bila kita beramal dengan syahadah dalam hidup kita. Benarlah firman ALLAH :

“(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” – Surah Ar Rad ayat 28

Malah saya sendiri merasakan kenikmatan mengingati ALLAH ketika makan sehinggakan saya pernah menitiskan air mata. Itulah nikmat terbesar iaitu dapabila saya mula belajar dan beramal dengan syahadah, berlaku perubahan 360% tranformasi diri dalam hidup hatta ketika makan.

Baru saya sedar selama ini saya tahu betapa besar rahsia sunnah ketika makan. Cuma saya tidak sedar dan tidak tahu amalan sunnah yang terbesar ketika makan. Itulah perintah Allah dalam Surah Muhammad ﷺ ayat 19 “Fa’lam Annahu Lailaha illAllah” yang bermaksud Carilah, pelajarilah ketahuilah bahawa Tiada ILAH selain Allah.

Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat

Apa itu syahadah

Apakah itu syahadah? Syahadah adalah rukun Islam pertama. “Ashadu” adalah Aku sedang menyaksi. Selama ini saya sangkakan syahadah adalah ucapan semata-mata. Syahdah bukan ucapan kosong. Bila saya fikirkan baru saya perasan dan perhatikan terdapat amalan-amalan  solat,  puasa, zajat, haji yang kita perlu pelajari  dalam (rukun islam kedua hingga kelima).

Bagaimana pula dalam rukun Islam pertama (syahadah)? Apakah kepentingannya sehingga syahadah terletak di kedudukan nombor satu? Tahukah anda bahawa Rasululah ﷺ menyebarkan syahadah selama 13 tahun lamanya sebelum solat difardukan.

Malah ramai ulama-ulama yang hadir mengakui bahawa kita terlepas pandang rukun islam pertama (syahadah). Untuk mengetahui ulasan lanjut tentang International Syahadah Conference yang di adakan di Kuala Lumpur 2017, sila ke watawasaubilhaq

Moga kita berpaut dengan ikatan silaturrahim melalui alam maya ini. Moga sahabat yang membaca ini diberkatiNya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Saya doakan kepada sahabat yang sudi berkongsi artikel ini, moga Allah titipkan hadiah dan kurniaan yang terbaik disisiNya buat sahabat-sahabat pembaca. Amiin. Walaupun kita belum pernah bersua muka, moga kesudian menyebarkan tulisan ini menjadi asbab kebaikkan. Insya Allah.

 

 

 

 

 

 

 

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge