Hijrah Tiada Noktah

kalimah bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Tahun baru Hijrah 1438H sudah menjengah kita. Begitu cepat masa berlalu. Lalu kita pasti teringat akan kisah penghijrahan Nabi Mulia kita Saidina Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

Terlalu banyak pengajaran dari kisah penghijrahan baginda. Adakah kita masih di tahap yang sama?

Bayangkan soalan ini di tanya oleh Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam  kepada kita, apakah reaksi kita? Allah hu.. 

Bagi saya penghijrahan yang paling besar adalah apabila saya nekad untuk berhenti kerja makan gaji dan memilih untuk bekerja sendiri dari rumah. Saya ada kongsikan dalam buku sulong saya Bersama Kesusahan Ada Kesenangan.

Anda bagaimana?

buku bersama kesusahan ada kesenangan

 

Hijrah ini adalah satu perubahan yang ingin kita laksanakan untuk jadi insan yang lebih baik dari tahun sebelum ini. Bila difikirkan, sebenarnya hijrah ini tiada hentinya. Perubahan untuk kita jadi lebih baik sebenarnya tiada noktah.

Setiap hari setiap kali lepas bangun tidur, Allah dengan kasihNya sentiasa memberi kita ruang dan peluang untuk berhijrah. Iaitu mahu berubah untuk kita jadi insan yang lebih baik dari semalam.

Jika kita ingin lakukan penghijrahan dan perubahan, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan niat. Kenapa niat?

Saya ada berkongsi tentang bagaimana niat memainkan peranan sangat besar dalam hidup kita apatah lagi kita mahu lakukan penghijrahan.

Boleh ikuti kupasannya dalam artikel yang saya kongsikan berjudul “Dahsyatnya Rahsia Niat”. Insya Allah.

pantai sewaktu senja yang mendamaikan

Mulalah berniat walaupun anda hanya mahu “SHARE” artikel ini. Moga Allah melimpahkan Rahmat dan kasih-Nya setiap kali anda berkongsi artikel ini dengan kenalan anda.

“Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan RasulNya,

kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sesungguhnya pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

( Fiman Allah dalam Surah Al-Nisa : ayat 100)

melihat langit putih menyaksikan kebesaran Allah

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan manfaat buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen.

Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk menghasilkan artikel yang lebih baik untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.

 

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge