“Kenali Era Adlina” Penulis, Perunding Motivasi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda.

Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Izinkan saya berkongsi tentang diri saya. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Apakah turning point yang menyebabkan saya mula menulis ?

Sejak berhenti kerja saya pernah terlibat dalam perniagaan secara online. Tetapi saya masih belum dapat menjiwai perniagaan online tersebut. Saya seakan-akan pelik dengan setiap kejadian yang berlaku dalam perjalanan hidup sehingga saya mencari jawapan.

Dalam pencarian itu saya banyak menghabiskan masa membaca buku-buku ilmiah dan saya pastikan pembacaan buku itu saya habiskan dan hadamkan. Sebelum membaca saya mohon Allah bimbing saya dengan keilmuan-Nya serta kefahaman-Nya yang sangat Dia berkati.

Sehinggalah akhirnya saya mula serius berbicara dan bertanya Allah melalui solat istiharah tentang pekerjaan apakah yang dapat mengembirakan Allah dan RasulNya. Dan akhirnya pekerjaan itu Allah redha dan terima saya sebagai hamba-Nya.

bunga dalam lautan

 

Bagaimana saya mula menulis?

Akhirnya Allah mengilhamkan saya dari apa yang di perdengarkan dan diperlihatkan adalah pekejaan menulis. Apabila saya sudah dapat gerakkanNya, lalu saya terus menghadiri kelas menulis buku. Menulis juga ada ilmu-Nya.

Alhamdulillah Allah permudahkan sehingga Allah pertemukan saya dengan Ustaz Fathuri penulis buku best seller Mudahnya Menjemput Rezeki yang banyak berkongsi dengan saya. Akhirnya cetakan buku pertama diterbitkan oleh beliau.

Setelah buku sulong saya diterbitkan berjudul Bersama Kesusahan Ada Kesenangan, Masya-Allah! Ketahuilah bahawa sesungguhnya buku itu saya tulis juga atas kehendakNya dan dengan izin-Nya jualah semua ini terwujud. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

cover buku bersama kesusahan ada kesenangan berlatar belakang bunga

 

Tatkala ada permintaan dari pembaca buku saya untuk saya menulis di dalam blog, Allah aturkan pula pertemuan dengan saudara eizil seorang blogger yang baik hatinya.

Saya mula faham mengapa Allah mahu saya terus menulis. Terima kasih Allah kerana memilih kami untuk melakukan kebaikkan-Mu!

 

Bagaimana hendak menulis?

Setiap kali sebelum kita akan serah diri pada Allah mengakui kita jahil dengan keilmuan-Nya. Allah dengan kasih-Nya mengilhamkan kepada kita tentang apa yang kita patut tulis melalui apa yang diperlihatkan atau pun yang diperdengarkan.

Suatu rasa dan perasaan yang luar biasa setiap kali menulis dari hati. Akhirnya saya akui menulis adalah menjadi satu kesukaan yang Allah hadirkan dalam diri saya. Saya boleh duduk berjam-jam hanya dengan menulis dan akhirnya saya akui menulis kena dengan jiwa saya.

air terjun di tepi jambatan

Penglibatan sebagai Perunding Motivasi

Alhamdulillah, sejak menulis saya juga pernah dijemput dan masih melibatkan diri  menjadi sebagai perunding motivasi. Begitulah aturan dan kehendak-Nya. Saya bersyukur di atas perjalanan novel kehidupan saya. Dialah Allah Yang Maha Melimpahkan Kebaikan, lagi Maha Penyayang.

Terima kasih Allah kerana sudi tadbir kami dengan kecantikan-Mu, Terima kasih Allah kerana sudi tadbir kami dengan kemuliaan-Mu, Terima kasih Allah kerana sudi tadbir kami dengan kepintaran-Mu,
Terima kasih Allah kerana sudi tadbir diri ini dengan kekuatan-Mu, Terima kasih Allah kerana sudi tadbir kami dengan kekayaan-Mu,  Terima kasih Allah sudi tadbir diri kami dengan kasih-Mu.

Lahaw lawala quwwata illa billah.

ladybird berkasih dengan bunga matahari

Doakan saya agar setiap tulisan saya menjadi sumber inspirasi dan dapat dimanfaatkan seramai ummat Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam dan agar tulisan ini dapat gembirakan Allah dan RasulNya.

Sudilah kiranya berikan komen untuk sebarang cadangan agar tulisan ini dapat dimanfaatkan untuk kebaikkan bersama. Insya-Allah.

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge