Kenapa Anda Buat Apa Yang Anda Buat Sekarang?

Alhamdulillah! Selesai sahaja program Extraordinary Leadership di Regency Hotel semalam, salah seorang peserta Extraordiary Leader yang turun jauh dari Selatan mendekati saya.

_
Alhamdulillah! Beliau sangat terkesan dengan sesi “Unlock Your Hidden Potential” sehingga memohon untuk personal coaching dengan saya. Alhamdulillah, pertemuan yang tidak di atur! Begitulah Maha Baiknya Allah Yang Mentadbir hidup hamba-hamba dengan kasihNya Tanpa Syarat.

_
Bermacam perkongsian yang kami bincangkan dan yang makin terkesan, bila saya tanya apakah BIG WHY saudari?

.
“BIG WHY” adalah sesuatu perkara yang buatkan anda menangis jika tidak dapat mencapai impian “BIG WHY” itu.

.
Lalu tanpa disedari air matanya mengalir mengatakan; 
“mahu lagi dekat dengan ALLAH dan beri manfaat kepada Umat Nabi Muhammad Sallalhu Alaihi wasallam.”

_
Kami sama-sama menangis berkongsi rasa kasihNya.

_
Benar! “BIG WHY” adalah perkara yang menyebabkan anda akan menangis jika anda tidak capai IMPIAN itu.

.
DIA memberi deq kerana KEFAQIRAN kita bukan kerana KEBERADAAN kita.

_
Ya ALLAH! Demi KasihMu terima kasih ALLAH atas segala pemberianMu samada yang telah KAU beri, yang sedang KAU beri, yang akan KAU beri, dan yang tidak KAU beri, kerana segalanya adalah yang TERBAIK dalam PENGETAHUANMU bagi diri kami.
Laahawlawalaquwwataillabillah…
Innalillahiwainnailaihirojiun…

=======
SOALAN : Bagaimana anda yang sedang membaca posting ini? Jika anda katakan “BIG WHY” anda adalah pakai kereta yang mewah, soalan saya adakah anda akan menangis jika tidak dapat capai impian itu? Jika anda tidak menangis, itu bukan “BIG WHY” anda! mohonlah ilham dariNYA apakah “BIG WHY” yang perlu kita tahu yang TERBAIK yang sedia ada dalam pengetahuanNYA?

.

“BIG WHY” Itulah semangat yang membara yang setiap dari kita mahu perjuangkan! Mahu menyaksi kekayaanNya bukan hanya untuk diri kita tetapi untuk manfaat orang lain. Carilah! Terokailah! Hayatilah setiap apa yang dipandangkanNYA dan diperdengarkanNYA,
Laahawlawala quwwata illabillah…

#EraAdlina
#SpreadTheLove
#BersamaKesusahanAdaKesenangan
#FOIN
#GreatLeadership
#UnlockYourHiddenPotential
#Saham

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge