Kisah Impian Burung Hud-hud

kalimah bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Setiap orang pasti mempunyai impian dalam hidup. Anda ada impian? saya ingin mengajak anda menghayati kisah burung Hud-Hud. Ini bukan kisah dongeng . Kisah burung hud-hud ini ada di ceritakan dalam Al-Quran.

Terlalu banyak kisah-kisah yang di paparkan dalam Al-Quran sebagai bekalan manual hidup kita untuk belajar dari kisah yang dirakamkan melalui KalamNya untuk hamba-hambaNya. Yang pasti setiap kisah dalam Al-Quran sangat relevan dari zaman dulu hingga zaman yang moden ini.

burung bebas terbang kejar impian

Perhatikan burung yang terbang di langit. Ia membawa kita berfikir dan mengimbau kisah burung hud-hud ini. Kisah ini di ceritakan dalam Surah Al-Naml ayat 20 hingga 28. Mari kita sama-sama belajar mencari hikmah melalui burung hud-hud ini.

Kisah burung hud-hud yang terlewat dalam perhimpunan yang di adakan oleh Nabi Sulaiman AS. Apabila Nabi Sulaiman AS bertanyakan burung hud-hud di atas kelewatannya.

Hud-hud mengatakan bahawa dia mengetahui tentang sesuatu  yang tidak diketahui oleh Nabi Sulaiman AS iaitu berita dari negeri Saba’ di mana seorang perempuan bernama Balqis telah menyembah matahari dan bukannya Allah sehingga menghalangnya dari jalan Allah.

Lalu Nabi Sulaiman AS mengarahkan burung hud-hud untuk membawa surat untuk disampaikan kepada puteri Balqis.

burung hantar surat cinta

Antara petikan burung hud-hud sebagaimana yang di rakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Aku (burung Hud) dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalang mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak mendapat petunjuk. Mereka (juga) tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan. Allah, tidak ada ilah melainkan Allah, Robb yang mempunyai Arasy yang agung.”    (Al-Naml 27: 24-26)

SubhanAllah! Walaupun burung hud-hud ini adalah makhluk Allah yang kecil tetapi dia berimpian besar untuk membantu Nabi Sulaiman AS untuk mencari maklumat dari sebuah negeri.

Walaupun dia tahu bahawa Nabi Sulaiman AS boleh jadi murka dengan kelewatannya sehingga Nabi Sulaiman memberi amaran untuk menyembelihnya sebagai hukuman yang berat kecuali dengan alasan yang jelas.

puteri balqis senyum gembira

Asbab daripada usaha burung hud-hud itu akhirnya Balqis berkata seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dia (Balqis) berkata: “Ya Robb, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Robb seluruh alam”   (Al-Naml : ayat 44)

Terkesima dan terharu dengan sikap burung hud-hud yang berani walaupun dia adalah makhluk yang kecil tetap impiannya untuk mengajak manusia seperti  Balqis untuk kembali kepada Allah, seekor burung yang kecil tetapi mempunyai impian yang besar.

Kisah ini mengajak kita berfikir bahawa, jika dia seorang burung mampu untuk berimpian, maka siapa pun kita dan walau sekecil manapun kita, setiap orang layak berimpian.

Kadang-kadang Allah beri semangat untuk kita lakukan dengan lebih baik apabila melihat burung yang bebas terbang di langit yang tiada keluh kesah.

Impian untuk memberi manfaat kepada seramai umat Muhammad dalam setiap pekerjaan kita agar Allah redha dengan kita.

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan manfaat buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen. Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk menghasilkan artikel yang lebih baik untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

4 thoughts on “Kisah Impian Burung Hud-hud”

    1. Alhamdulillah, betul3x setuju sangat dengan siti, lagu hud-hud tu ada makna yang tersirat kan. Semoga Siti disayangi Allah SWT dan Rasul Sallallahu a’laihi wasallam 🙂

  1. Kisah benar dari Al-Quran. Banyak pengajaran dari kisah burung Hud-hud yang diolah dari persepsi yang berbeza. Sangat memberi inspirasi Terima-kasih Era Adlina. Semoga sentiasa sukses dan dilancarkan segala gerak kerja dan diilhamkan oleh Allah swt idea yang hebat. Aamiin 🙂

    1. Alhamdulillah. Allahumma Aamiin. Terima kasih doakan kebaikan buat Era. Semoga Nor Rosnani disayangi Allah SWT dan Rasul Sallallahu a’laihi wasallam 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge