Menerima Jemputan Kematian, Mati itu PASTI, Sudahkah kita bersedia?

kalimah bismillahYa Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Tulisan ini ditulis tatkala saya menerima kiriman berita tentang salah seorang sahabat saya yang baru dijemput ilahi.

إنا لله وإنا إليه راجعون

(Innalillahi wa inna ilaihi roji’un)

Doakan moga arwah ditempat dalam golongan yang beriman dan diredhai-Nya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya. Amiin. 

Seingat saya baru dua minggu lepas saya menziarahi arwah di hospital. Arwah berada di ICU ketika itu dan nampak kritikal. Ketika ziarah, walaupun arwah tidak boleh berkata-kata, arwah dalam keadaan separuh sedar.

Waktu itu saya tahu arwah dengar kata-kata saya tatkala arwah mengelipkan kelopak mata tanda mengiyakan bahawa arwah dengar kata-kata saya.

Tiada lain pesanan buat seorang sahabat ketika itu adalah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Hampir satu jam saya berkomunikasi dengan arwah, pada waktu itu komunkasi saya tiada yang lain, ingatkan bahawa Tiada ilah melainkan Allah. La ilaha illallah.

Sakit ini bukan ilah ku, kesukaran ini bukan ilah aku, ketakutan ini bukan ilah aku, Siapa ilah aku?

Kaulah ya Allah ilah aku, Allah ilah aku, Allah ilah aku, Allah ilah aku… isbatkan hanya Allah, hanya Allah, tiada yang lain selain Allah. Tiada rasa yang dapat saya tuliskan bagaimana RASA berkomunikasi dengan arwah ketika itu. Hanya Allah yang menyaksikan.

Saya masih ingat tatkala saya mahu berangkat pulang, arwah memandang saya dengan sayu, hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu… Allah hu… saya seakan mengerti.

Demi kasih-Mu ya Allah, la hawlawala quwwata illah billah… Ampunkan dosa kami umat Muhammad ya Allah yang sudah Engkau jemput untuk kembali ke rahmatullah tetapi belum sempat belajar tentang syahadah rukun islam pertama sebagaimana yang telah Engkau perintahkan.

Fa’lam (adalah ayat perintah) ketahuilah, carilah, tuntutilah Lailaha illallah (tiada ilah melainkan Allah).

kata perintah ketahuilah, carilah, pelajarilah tiada ilah selain Allah

kata perintah pelajarilah, ketahuilah, carilah Tiada ilah selain Allah

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada ilah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

(Surah Muhammad :ayat 19)

 

Dunia sudah meniti fasa akhir zaman, sudah sangat dekat… malah yang paling dekat adalah kematian. Mati adalah kiamat yang kecil…

surah muhammad ayat 18

Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Surah Muhammad : ayat 18)

 

beruntunglah akhir kalamnya la ilaha illallah

Lalu tanyakan soalan ini pada diri kita. Siapa kita untuk menjawab tidak mahu tatkala malaikat izrail datang menjemput, mahu lari ke mana?

Setiap orang termasuklah kita pasti akan mengalaminya ini bukan? Soalannya sudahkah kita bersedia? Bolehkah kita menjawab bahawa kita tidak bersedia tatkala menerima jemputan kematian ?

Siapakah teman sejati kita bila kita di alam kubur? Adakah dunia ini kita benar-benar jadikan sebagai tempat beramal soleh?

Saya biarkan artikel ini dengan tiga soalan untuk kita sama-sama fikirkan jawapannya:

  • Siapakah sebenarnya kita?
  • Kenapa saya dilahirkan?
  • Ke mana saya akhirnya?

Wallalhu’alam.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen. Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk menghasilkan artikel yang lebih baik untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.

Era Adlina

 

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

2 thoughts on “Menerima Jemputan Kematian, Mati itu PASTI, Sudahkah kita bersedia?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge