Mengundang Kesenangan dengan Bersyukur

bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Bacalah dengan penghayatan, wahai sahabat-sahabat budiman yang disayangi Allah dan Rasul

Kisah Penjual Suratkhabar

Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegagalan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Nampaknya seperti sebuah buku.

Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacanya. Namun perlahan-lahanku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

Lalu salam diberi; “Assalamu ‘alaikum”
Penjual surat khabar: “Waalaikum salam”

“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?” …
Penjual surat khabar: “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”

“Wah susah juga ya kalau hujan begini” …
Penjual surat khabar: “Insya Allah adalah rezekinya.”

“Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
Penjual surat khabar: “Itu maksudnya rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”

“Kenapa?”
Penjual surat khabar: “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah waktu mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

“Jadi, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
Penjual surat khabar: “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”

“Kalau tidak ada yang boleh dimakan”? …..
Penjual surat khabar: “Bererti rezeki saya berpuasa”

“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
Penjual surat khabar: “Allah Subhanahuwa Ta’ala yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Walaupun jualan surat khabar tidak laku, dan harus berpuasa, Alhamdulilah, saya tidak pernah kelaparan” – katanya sangat ikhlas menutup bicara kata…

hujan rahmat seperti rezeki yang mengalir

Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pun pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung… tanpa kusedari cermin mataku menjadi gelap kerana bercucuran air mataku. Aku tersedar dan terpukul dengan kata-kata penjual surat khabar jalanan.

Ada penyesalan di dalam hatiku. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Adakah aku khuatir tidak mendapat wang?, Risau baju di sidaian basah? Atau merungut dalam jem disebabkan hujan? Ataupun keluh kesah tidak boleh dapat pelanggan yang mahu membeli barang jualan?

Aku tertunduk malu. Seperti Allah mahu sampaikan teguran buatku, bahawa rezeki bukan wang semata-mata. Tatkala kita mampu bersyukur saat di uji adalah satu nikmat yang besar. Kita belajar untuk mengatakan:

“Ya Allah aku bersyukur dengan setiap langkahku, hatta dengan ujian yang Engkau datangkan, kerana aku ingin membalas-Mu dengan kata-kata tuturku yang membuatkan Engkau senang dan Redha denganku”

Sahabat-sahabat kesayangan…

Bila kita mampu bersyukur saat di uji, adalah jauh lebih bermakna dan tatkala itu Allah dengan kasih-Nya menaburkan ketenangan dalam jiwa yang tak terjangkau dek akal.

Saat itu kita mahu segera bersujud kepada-Nya, merebahkan diri pada-Nya atas nikmat bahagia, rasa kasih-Nya. Hanya ucapan Alhamdulillah berkali-kali menerobos ke dalam jiwa yang dahaga dan rindu pada Ilahi…Alhamdulillah

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan semangat untuk kita terus bersyukur saat di uji. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen.

Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

3 thoughts on “Mengundang Kesenangan dengan Bersyukur”

  1. Allahu..sungguh bermakna penulisan ni pd sy..sy yg dah bertahun duduk di rumah tanpa ada sebarang urusan yg melibatkan aktiviti di luar rumah, selalu dipesan oleh kwn2 n ahli kluarga dgn ayat “sabarlah,rezeki awk mungkin dlm bentuk lain”….
    Ya, rezeki sy dlm bentuk lain, sy dpt berehat selama lbh kurang 5 tahun di rumah tanpa ada rutin yg memenatkan.. Astaghfirullah sy patut bersyukur dari dulu lagi!

  2. Allahu..sungguh bermakna penulisan ni pd sy..sy yg dah bertahun duduk di rumah tanpa ada sebarang urusan yg melibatkan aktiviti di luar rumah, selalu dipesan oleh kwn2 n ahli kluarga dgn ayat “sabarlah,rezeki awk mungkin dlm bentuk lain”….
    Ya, rezeki sy dlm bentuk lain, sy dpt berehat selama lbh kurang 5 tahun di rumah tanpa ada rutin yg memenatkan.. Astaghfirullah sy patut bersyukur dari dulu lagi!

    1. Alhamdulillah! Masya-Allah! Tatkala tuan beristighfar juga, adalah salah satu tanda rezeki. Kerana Allah dengan kasihNya mengilhamkan tuan untuk melihat hikmah bila kita sucikan hati dengan istighfar. Hati yang suci mampu melihat hikmah yang tersurat di sebalik situasi suka dan duka. Hati menjadi tempat pandangan Allah. Moga tuan di muliakan oleh Allah dan sentiasa dipayungi Rahmat dan Kasih-Nya. Moga kita terus bertaut atas dasar ilmu yang bermanfaat yang sangat diberkatiNya. Aamiin. Sudilah tuan mendoakan kebaikan buat saya juga ye. Insya Allah.

      “Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari;
      Demi bulan apabila mengiringinya;
      Demi siang apabila menampakkannya;
      Demi malam apabila menutupinya (gelap gelita);
      Demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan);
      Demi bumi serta hamparannya;
      Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya;
      Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya;
      Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan (jiwa)nya;
      Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”
      -Petikan Surah Al-Syams ( ayat 1 -10)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge