Syahadah Merungkai segala Persoalan Hidup

Bismillahi Rahmanir Rahim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Syahadah adalah tempat kosong perlu di isi

Indah… terasa sungguh indahnya hidup ini tatkala dihujani rahmat  apabila mula menjelajahi alam hidup bersyahadah. Tiada perkataan tepat yang dapat diungkapkan bagaimana bahagia, tenang, damainya hidup dalam dunia syahadah.

Kehidupan ini umpama “puzzle” yang sedang disusun untuk menyempurnakan kehidupan kita. Bagai ada sesuatu yang belum sempurna dan belum lengkap dalam hidup kita. Seperti ada satu ruang kosong yang masih belum terisi. Akhirnya saya faham bahawa syahadah adalah tempat kosong perlu di isi malah yang paling utama.

 

Magnet Syahadah 2015 

Malah implikasi syahadah memberi kesan positif yang paling luar biasa dalam hidup saya. Perancangan Allah menggerakkan saya menghadiri Magnet Syahadah 2015 adalah titik tolak permulaan sebenar hidup saya. Tanpa syahadah hidup kita akan jadi sia-sia. Sungguh!

Sheikh Dr Ismail Kassim adalah tokoh yang sangat disegani dan terkenal dengan ketokohannya di seluruh dunia. Dalam program Magnet Syahadah 2015, itulah  pertama kali saya mendengar kata-kata beliau tentang syahadah. Bagaikan rahmat yang turun dan memenuhi ruang hati saya sehingga saya menangis teresak-esak dalam program magnet syahadah tatkala mendengar bait-bait kata beliau.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Setiap butir kata-kata Sheikh Dr Ismail Kassim membuka dimensi pemikiran saya ke suatu sudut pandang yang tidak pernah saya ketahui selama hidup di dunia ini, iaitu kepentingan ilmu  dan amalan rukun Islam pertama iaitu Syahdah.

Sheikh Dr Ismail benar-benar membawa peserta kepada transformasi emosi, minda, qalbu serta rohani melalui perkongsiau beliau dalam kepentingan ilmu syahadah. Saya merasakan bagaimana selama ini saya seperti dihidupkan semula dalam dunia dimensi baru. Beliau memperingatkan kami tentang Syahadah janji yang kita lupakan.

Perhatikan firman Allah berikut :

“Dan (ingatlah) ketika Robbmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya), “Bukankah Aku Robb kamu?” Mereka semua menjawab:“Benar (Engkaulah Robb kami), kami menjadi SAKSI”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.  (Surah Al-Araf ayat 172)

Selepas titik tolak itulah, saya sangat dahaga untuk terus mempelajari ilmu syahadah.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Kebenaran Kata-kata Hikmah Sheikh Dr Ismail Kassim

Kenapa saya perlu belajar syahadah? Kebanyakkan muslim hari ini tidak dapat bersyahadah semasa akhir hayatnya… Saya masih ingat lagi Sheikh Dr Ismail Kassim berkata:

“Tak percaya pergi ke hospital seluruh malaysia. Perhatikan akhir kalam yang keluar dari mulut mereka… lidah kelu dari menyebut Lailha illAllah… walaupun ditalqinkan ditelinga…kerana semasa hayatnya dia tidak mempelajari ilmu Agung syahadah.”

Saya sendiri pernah bertanya seorang ustaz yang selalu menguruskan jenazah. Kata ustaz 99 peratus yang muslim tidak dapat akhir kalam dengan kalam Lailaha illAllah.

Sangat istimewanya kalimah ini sehinggakan Allah menjanjikan syurga sebagaimana Hadis dibawah:

“Barangsiapa yang akhir ucapannya adalah kalimah La ilaha illAllah maka wajib dia masuk syurga.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim)”

Tapi bagaimana caranya mahu akhir kalam dengan kalimah La ilaha illAllah? Adakah caranya? Carilah, pelajarilah ilmunya.

 

Apa itu syahadah ?

Apakah itu syahadah? Syahadah adalah rukun Islam pertama. “Ashadu” adalah Aku sedang menyaksi. Selama ini saya sangkakan syahadah adalah ucapan semata-mata. Syahadah bukan ucapan kosong. Bila saya fikirkan baru saya perasan dan perhatikan terdapat amalan-amalan  solat puasa, zakat, haji yang kita perlu pelajari  dalam (rukun islam kedua hingga kelima).

Bagaimana pula dalam rukun Islam pertama (syahadah)? Apakah kepentingannya sehingga syahadah terletak di kedudukan nombor satu? Tahukah anda bahawa Rasululah ﷺ menyebarkan syahadah selama 13 tahun lamanya sebelum solat difardukan?

Malah ramai ulama-ulama yang hadir mengakui bahawa kita terlepas pandang rukun islam pertama (syahadah). Malah Sheikh Dr Ismail Kassim adalah salah seorang tokoh yang mengupas tentang hal ini. Untuk mengetahui ulasan lanjut tentang International Syahadah Conference yang di adakan di Kuala Lumpur 2017, sila ke link watawasaubilhaq

 

Benarkah Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat?

Sungguh! Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat. Bila kita membaca sesuatu perkara yang tidak baik, jangan terus menuduh, berhati-hatilah, jangan libatkan diri kita dengan orang yang menabur fitnah atau menyebarkan fitnah. Na’uzubilah!

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. ” – (Surah Al-Hujurat Ayat 6)

Saya terkejut bila mendengar berita fitnah ke atas beliau. Di sebabkan fitnah itu, segala kerja dakwahnya di sekat. Saya berani mengatakan Sheikh Dr Ismail Kassim tidak sesat!

 

Bayangkan beliau berusaha nak pergi ke penjara untuk berkongsi ilmu tentang rukun islam pertama tentang Syahadah, tidak meminta apa-apa bayaran, sekadar mahu menolong golongan yang dipenjara yang kosong jiwanya. Jika ada yang berani kata Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat, pasti dirinya terhijab dari kebenaran yang haq.

Bila saya dengar cerita sahabat yang pernah datang ke penjara, bercerita tentang golongan ini yang kacau jiwanya disebabkan kesalahan yang telah dibuat ditambah lagi dengan keadaan jiwa yang parah sebab jauh dari keluarga, kita rasa kasihan bukan?

Maka seorang hamba Allah datang mahu berkongsi tentang bagaimana dengan kalimah agung, kalimah La ilaha illallah (ilmu syahadah – rukun islam pertama) dapat bantu untuk mengisi jiwa yang kosong. Pernahkah kita bayangkan perasaan orang yang sedang di penjara, berhari-hari lamanya?

Tetapi kenapa di sekat perjuangan hamba Allah yang mahu membantu golongan sebegini?  Kenapa dihalang dek kerana fitnah buruk tanpa usul periksa ke atas seorang hamba Allah yang mulia hatinya. Jika kita tidak mahu belajar, terpulanglah,  tetapi jangan dihalang!

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Malah Sheikh Dr ISmail Kassim yang mengajar dan menunjukkan ramai orang erti sebenar cinta kepada Rasulullah ﷺ , para sahabat serta Ahlul baitnya.

Ibnu Abbas radiallahu anhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda;

“Cintailah Allah atas nikmat yang telah dilimpahkan-Nya kepada kalian, cintailah aku berdasarkan kecintaan kepada Allah, dan  cintailah Ahlul Baitku berdasarkan kecintaan kepadaku.” (HR At-Tirmizi)

Kalau selama ini saya  kata saya cinta, tapi sebenarnya saya berdusta. Tetapi setelah belajar ilmu syahadah barulah saya benar-benar rasa cinta kepada baginda Rasulullah ﷺ  melalui lautan ilmu syahadah yang diajar oleh Sheikh Dr Ismail Kassim.

Baru saya RASA nikmat cinta dan kasih kepada baginda Rasulullah ﷺ. Bila kita berselawat kita rasa RINDU yang benar rindu menusuk qalbu. Semua ada dalam ilmu melalui lautan ilmu sayahadah.

Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat

Tetapi syaitan dan musuh dalam diri sangat takut kita belajar syahadah, kerana itulah janjinya itu menarik seramai manusia ke neraka. Sebab itulah konspirasi besar dalam menjatuhkan dan menuduh Sehikh Dr Ismail Kassim sesat adalah motif utama agar umat Muhammad ﷺ jauh dari syahadah, jauh dari orang yang membawa kalimah Syahadah.

Carilah kebenaran bahawa Sheikh Dr Ismail Kassim Tidak Sesat. Boleh rujuk link berikutnya Bukti Sheikh Dr Ismail Tidak Sesat malah dimuliakan Ulama Nusantara

Bertaubatlah! Carilah kebenaran bukan mencari Salah

Tatkala menulis saya teringat sebuah doa yang dibacakan oleh para malaikat untuk orang mukmin dalam Surah Ghafir ayat 8 – 9 melalui Firman Allah berikut:

“Ya Robb kami, rahmat dan ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikut jalan agamaMu dan peliharalah mereka daripada azab neraka.

“Ya Robb kami, masukkan mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang yang soleh di antara nenek moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana.

“Dan Peliharalah mereka daripada (bencana) kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara daripada (bencana) kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan (yang) demikian itulah kemenangan yang agung.”

(Surah Ghafir : ayat 8 – 9 )

Akhir kata… Fa’lam Annahu La ilaha illAllah, Carilah Ketahuilah Pelajarilah bahawa Tiada ILAH selain Allah (Muhammad ﷺ ayat 19)

Lahaw lawala quwwata illa billah…

Sumber : penapenulis

Author: Era Adlina A. Kadir

Bismillah… Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda. Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis buku, blogger dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge