Bagaimana Membuat Kebaikan Kepada Yang Sakiti Kita?

bismillahYa Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Artikel ini di tulis tatkala menerima kiriman soalan daripada salah seorang pembaca buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan.

SOALAN :

Bagaimana mahu tangani orang yang tidak habis-habis mengambil tahu, menyibuk dan mengata kita sedangkan kita tak kacau hidup dia?

*************

            Kadang-kadang kita tak mampu ubah orang lain. Tapi kita mampu ubah diri sendiri. Bagaimana dengan mengubah diri sendiri boleh mengubah orang lain?

Hayati kisah seorang yahudi yang buta matanya di mana dia suka mengejek Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam. Orang buta ini mengatakan Muhammad seorang yang gila, bohong dan tukang sihir.

Entah kenapa bila ada orang mendekati orang yahudi buta ini, dia sering mengatakan begitu.

Pada suatu hari datanglah Rasululah Sallallahu A’laihi Wasallam mendekati orang buta itu. Perkara sama yang dikatakan oleh orang buta itu, walaupun orang buta itu tidak sedar yang datang  ketika itu adalah Rasulullah.

Baginda tidak peduli kata-kata ejekan itu.  Malah baginda dengan kasih sayang mengunyahkan makanan buat orang buta lalu disuapkan ke mulut orang buta tersebut.

Bayangkan itulah kebiasaan yang Baginda lakukan setiap hari di tempat orang buta itu walaupun orang buta tidak berhenti mulutnya mengata yang buruk tentang Baginda.

Sehinggalah setelah baginda wafat. Tiada lagi orang datang memberikan makanan. Akhirnya sahabat baginda, Abu Bakar r.a datang menyuapkan makanan kepda orang buta itu. Lalu orang buta itu  dapat merasakan yang datang itu bukanlah orang yang selalu datang menyuapkannya sebelum ini.

Kerana katanya yang suapkan sebelum ini akan mengunyah dahulu makanan tersebut hingga mudah untuk orang buta ini menelannya.

Pada saat itu, Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air mata dan menangis mengenangkan baginda yang berkasih sayang kepada sesiapapun walaupun orang yang menyakiti baginda.

Lalu Abu Bakar r.a menjawab “aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Baginda  adalah Muhammad Rasulullah Sallallahu A’alihi wasallam.”

Setelah orang buta itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata;

“Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, tapi Baginda tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, mengunyahkan dan suap ke dalam mulutku. Begitu mulianya baginda. Lalu orang buta yahudi itu terus bersyahadah di depan sahabat Abu Bakar r.a dan menganut agama Islam. Allahu Robbi!

anak-anak ayam comel

Begitulah akhlak Baginda Rahmatan lil A’lamin dengan menyantuni siapa sahaja dengan akhlak berkasih sayang. Di sebabkan akhlak, orang lain boleh berubah. Malah orang buta itu berubah setelah baginda wafat.

“Sesungguhnya, telah ada pada (diri Rasulullah Sallallahu A’laihi Wasallam itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah” (Al-Ahzab 33 : 21)
Apa Yang Kita Belajar?

Kita sebagai umatnya berusaha nak contohi baginda dan sebarkan kasih  kepada sesiapa sahaja biarpun kepada orang yang kita baru kenal. Kita tidak boleh ubah orang lain yang selalu sakitkan hati kita.

Tapi kita ada pilihan, untuk ubah diri kita jadi lebih baik. Kita belajar nak ikut contoh Baginda. Sebab bukan mahu orang lain pandang. Tapi kita mengharapkan pandangan kasih Allah.

Kita berusaha nak menjadi akhlak yang baik sebab nak gembirakan Allah dan Rasul Sallallahu A’laihi Wasallam. Sebab itulah Baginda sendiri tidak jemu2 buat kebaikkan dengan kasih sayang walaupun dengan orang yang menyakitinya.

Kita belajar untuk memandang dengan pandangan Allah iaitu dengan kasih sayang. Sebab fitrah suci dalam diri yang Allah tiupkan dalam diri setiap manusia adalah penuh dengan kasih sayang.

Tetapi barangkali kita di hadapkan dengan pelbagai perkara negatif yang akhirnya fitrah suci itu terperangkap dalam hati yang telah dikotori oleh pelbagai sangkaan yang tidak baik dan macam-macam perkara yang negatif.

anak kucing comel yang berkasih

Kita akui kita tak berdaya nak buat kebaikan tanpa bantuan Allah. Lalu, berdoalah pada Allah:

“Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu. Dan cinta kepada orang yang mencintai-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dan Rasul-Mu.

Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu”

Kepada yang sudi KOMEN dan memberikan  kata-kata semangat pada yang bertanya soalan di atas, silakan… moga Allah berikan kebaikan dan ganjaran, Insya Allah.

Dahsyatnya Rahsia Niat

Bismillah…

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Izinkan saya berkongsi tentang dahsyatnya niat dalam memulakan sesuatu perkara dalam kehidupan kita setiap hari. Niat merupakan sebahagian dari iman. Niat juga adalah salah satu amalan hati. Niat adalah lintasan dalam hati kepada perbuatan kita itu adalah untuk apa tujuannya. Untuk dunia semata-mata? Ataupun untuk dunia dan akhirat? Continue reading “Dahsyatnya Rahsia Niat”