Unlock Your Hidden Potential

Alhamdulillah! Pada 3.3.2019 dapat berkumpul dengan “The Extraordinary Leaders”. Ada yang berlatar berlatar belakang Dr Falsafah, Pegawai Bank, Cikgu sekolah, Suri rumah pun ada.

_
Walaupun hari ahad biasanya adalah waktu berehat, tetapi kesungguhan mereka untuk hadir untuk sama-sama belajar menimba ilmu amat saya kagumi.

_
Ada yang hadir seawal 8 pagi walaupun kelas bermula 9pagi. Benar! salah satu ciri seorang yang berjaya adalah “GOOD ATTITUDE”.

_
Yang menarik sekali siapa kita itu tidak penting, yang penting kita semua ada “BIG WHY” yang besar dalam hidup. 
=> “BIG WHY” kenapa anda buat apa yang anda buat sekarang? 
=> “BIG WHY” Kenapa anda perjuangkan apa yang anda buat sekarang? 
=> “BIG WHY” Ke mana arah anda nak bawa client anda dan team business partner anda?

_
Tatkala menyaksikan air mata kasih yang berderai di pipi para peserta program semasa sesi “Unlock Your Hidden Potential” benar-benar menyentuh hati saya. Ya Ilahi Ya Allah pimpinlah kami dengan pimpinan KasihMu, bimbinglah kami dengan bimbingan kasihMu, Lindungilah kami dengan lindungan KasihMu. Moga Allah berkati semua peserta Extraordinary Leaders dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amiin.

_
Alhamdulillah! Terima kasih kepada Encik Suamiku Mohd Hamizane yang bersama berkongsi manfaat tentang “Kesedaran Saham US Stock dan Cryptocurrency”

_
Alhamdulillah! Terima Kasih kepada abang iparku Tuan Hj Zul yang sudi meluangkan masa dan tidak jemu berkongsi kisah kejayaan dan inspirasi dengan para Extraordinary Leaders untuk mencipta Kejayaan Luarbiasa dalam “The future of FOIN”

_
Alhamdulillah! Terima kasih ibundaku Puan Rusnah yang sudi hadir dan menyokong perjuangan anakda dan tidak jemu mendoakan kejayaan anakanda dunia dan akhirat.

_
Bagaimana dengan sahabat yang sedang membaca posting ini. Apa “BIG WHY” Anda?

#EraAdlina
#SpreadTheLove
#BersamaKesusahanAdaKesenangan
#FOIN
#GreatLeadership
#UnlockYourHiddenPotential
#Saham

Kenapa dunia ke arah wang digital, crypto dan sistem blockchain?

Bismillah… masa untuk berubah. Tiba-tiba teringat pesan guru, kita tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah. Setiap hari kita perlu berubah jadi lebih baik dari semalam.  Sedarkah anda dunia menuju ke fasa blockchain sistem?

Continue reading “Kenapa dunia ke arah wang digital, crypto dan sistem blockchain?”

Tahukah Anda bahawa Blockchain – Lombong Emas Zaman Ini ?

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Jika anda benar-benar bukan orang yang sombong teruskan baca kata-kata dari artikel ini. Mungkin ada sesuatu keilmuanNya yang anda perlu tahu. Jika anda adalah orang yang sombong tidak perlu teruskan baca artikel ini.

Seminar blockchain Kebangsaan dan bengkel matawang kripto 2018

Ia bermula tatkala saya berdoa Ya Allah ilhamkanlah hamba dengan salah satu pintu rezeki yang melaluinya hamba boleh menyaksikan kekayaan-Mu serta bantu memberi manfaat kepada umat Muhammad sallallhu alaihi wasallam.

Waktu itu, ia hadir. Pada mulanya saya tidak ambil peduli, sehinggalah akhirnya saya “dipaksa” untuk pelajari apakah itu “cryptocurrency” atau dalam bahasa melayu wang kripto.

FOIN blockchain Technology

Antara petikan buku 50 dalil kenapa ada wajib miliki bitcoin adalah seperti berikut; semoga kita sama-sama belajar sesuatu hari ini.

100 tahun dahulu, sesiapa yang memiliki lombong emas, perak, gangsa, timah atau apa-apa bijih akan menjadi kaya raya. Lihat sahaja Long Jaafar dan Ngah Ibrahim, mereka dikatakan pernah menjadi orang terkaya di Asia Tenggara atau mungkin Asia.

Mereka yang terlibat dengan industri tersebut juga akan mendapat sedikit tempias dan kekayaan tersebut seperti puak-puak kongsi gelap Hai San dan kaum kerabat mereka. Sehinggalah harga komoditi lombong mereka jatuh teruk, pelombong tidak menjadi kaya seperti sebelum ini.

Setelah Lombong-lombong habis dikorek, zaman melombong bijih mula berakhir. Zaman pemilikan aset tanah untuk ladang tanaman seperti getah, pokok, kopi, koko dan tembakau pula berganti . Pemilikan tanah dan ladang mendapat laba dek kerana permintaan terhadap komoditi-komoditi tersebut melonjak naik.

Industri perladangan dan pertanian di perlahankan pd era Dr Mahathir. Beliau membawa Malaysia menjadi negara industri berat dan teknologi. Kilang kilang besar dibina, banyak agensi dan sektor kerajaan dikorporatkan dan di swastakan seperti LLM kepada TNB. Mereka yang terlibat awal dengan perubahan ini menjadi kaya raya di bawah polisi Dr. Mahathir ini.

Selepas itu, era minyak dan gas mula menguasai kekayaan bumi bertuah ini. Mereka yang terlibat awal dengan industri tersebut menjadi warga elitis dan kelas atasan. Mereka yang bekerja dalam sektor ini dianggap bertuah dan ada-ada. Tetapi, hidup ibarat roda . Kini sampai giliran era minyak dan gas berakhir. Graduan kelas pertama ijazah kejuruteraan petroleum juga tiada pekerjaan hari ini.

Selain itu, geran-geran kerajaan yang dibolot oleh orang terdahulu yang menjadikan mereka kaya-raya dengan bantuan kerajaan tersebut. Tetapi kini, geran-geran yang dulu menjadi mudah atau bantuan modal untuk usahawan di Malaysia untuk maju dalam perniagaan sudah makin berkurang, bahkan makin ketat dan makin payah.

Jadi, apa yang tinggal untuk generasi kita hari ini?

Kita tiada peluang untuk melombong, kita tiada tanah jika tidak diwarisi dari tok wan kita. Kita tiada ruang untuk menyelit untuk mendapatkan dana kerajaan yang makin ketandusan dan ketat. Jika ada sekalipun, hampir kering dibolot para politikus dan kroni.

 

.

Adakah Allah tidak Adil?

Jawapannya, Allah Maha adil, Allah yang mengayakan manusia 80 tahun dahulu adalah Allah yg sama dengan Allah kita hari ini. Allah yang dahulu menabur rezeki, Allah yang sama juga terus menerus melimpah rezeki kepada kita. Terpulang kepada kita untuk mengutipnya atau tidak.

Awal tahun 90 -an, dunia digegarkan dengan industri komputer yang dipacu gema gelombangnya oleh microsoft. Menjadikan Bill gates manusia terkaya di dunia. Kemudian, internet hadir dalam industri ini, lahirlah pula jutawan-jutawan muda dalam industri ini seperti pemilik facebook, instagram dan lain-lain.

Kesimpulannya, lombong untuk hari ini adalah internet. Allah menjadikan internet sebagai lubuk untuk mereka yang mahu mengutip kekayaan. Lihat sahaja Jack Ma, pemilik asal Ali baba yang begitu optimis dengan internet telah berjaya pada hari ini.

FOIN jana pendapatan

Dalam lombong- lombong internet yang ada, teknologi blockchain adalah lombong emas terbaru. Teknologi Blockchain adalah ciptaan ‘magnus opus’ seorang yang genius. Produk teknologi Blockchain yang paling popular adalah Bitcoin. Bitcoin telah menyebabkan ramai generasi muda menjadi jutawan segera dek kerana mereka percaya dan optimis dengan produk teknologi Blockchain tersebut. Sama ada ia secara halal atau haram.

Penulis telah menjalankan kajian terhadap teknologi blockchain bermula dengan membuat
“Trading”, melakukan “mining” dan membuat “coin” sendiri. Penulis telah cuba mengubah teknologi Blockchain yang penulis sendiri buat setelah ia dilancarkan. Tetapi teknologi tersebut kebal dari sebarang perubahan dan gangguan setelah ia dilancarkan.

Masih banyak idea, ruang dan peluang untuk kita “utilize” teknologi Blockchain dengan baik. Belajar dan kajilah kehebatan Blockchain. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai teknologi ini. Tiada guna penyesalan di kemudian hari sebagaimana datuk dan nenek kita menyesal melepaskan lombong-lombong bijih kepada pendatang asing.

INI ZAMAN KITA, ERA KITA, DAN INI LOMBONG EMAS KITA!.

 

 

Sudahkah anda memilikinya? Kata orang putih “Beter late than never”. Ikuti selanjutnya bagaimanana anda boleh menjana pendapatan dalam link berikut insyaAllah. Mahu Jana Pendapatan. Bagaimana?

FOINS blockchain teknologi

Moga kita berpaut dengan ikatan silaturrahim melalui alam maya ini. Moga sahabat yang membaca ini diberkatiNya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Saya doakan kepada sahabat yang sudi berkongsi artikel ini, moga Allah titipkan hadiah dan kurniaan yang terbaik disisiNya buat sahabat-sahabat pembaca. Amiin. Walaupun kita belum pernah bersua muka, moga kesudian menyebarkan tulisan ini menjadi asbab kebaikkan. Insya Allah.

 

JANA PENDAPATAN DALAM CRYPTOCURRENCY

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Alhamdulillah, masa untuk berubah. Tiba-tiba teringat pesan guru, kita tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah. Setiap hari kita perlu berubah jadi lebih baik dari semalam.

Seminar blockchain Kebangsaan dan bengkel matawang kripto 2018

Izinkan saya berkongsi tentang cryptocurrency hari ini. Saya masih ingat tatkala suami saya bercerita tatkala harga bitcoin pernah mencecah usd19,000 suami saya terkejut.

Sebab rakannya pernah mengajaknya membeli bitcoin yang pada ketika itu harganya usd100 sahaja. Ketika itu saya dan suami belum terdedah degan dunia cryptocurrency. Tapi begituah rezeki tidak salah alamat.

Sehinggalah apabila kami terlibat dengan sebuah company yang terlibat dalam saham US stock pada tahun 2016. Saham-saham yang didagangkan pada ketika itu adalah Islamic Us Stock yang terpilih seperti Apple, Facebook, Google.

Bayangkanlah selama ini kita selalu guna facebook dan google, tapi kita tak pernah terpikir untuk memiliki saham-saham blue chip ini. Bila saya menyaksikan nikmat yang Allah beri sekarang ini, saya teringat bagaimana dulu saya pernah diilhamkan untuk berdoa untuk menjana pendapatan dalam currency USD setiap hari.

Alhamdulillah, tiada yang mustahil bagi Allah Pemberi Rezeki dan yang  mengatur hidup kita walaupun kita berada di Malaysia atau di mana-mana negara kerana dengan platform teknologi yang serba canggih ketika ini hanya menggunakan handphone di hujung jari kita sudah boleh menjana pendapatan.

Keratan akbar metro tarikh 7 november 2018

Malah antara kebaikkan platform ini adalah duit bekerja untuk kita. Boleh baca artikel saya di link berikut Pendapatan 3 dalam 1

Alhamdulillah, sudah berkecimpung dengan platform US market ini. Company yang sama mengorak langkah dengan produk FOIN. FOIN adalah cryptocurrency di bawah platform FOINS blockchain.

Apa itu Blokchain?

Sedarkah kita dunia kini mula beralih arah kepada blockchain? Sudah banyak penyelidikan dibuat oleh akademik tentang blockchain, termasuklah company yang saya libatkan diri sekarang ini yang menekankan tentang Financial Education.

blockchain Instagram

Bila kita tengok diagram di atas secara basic blockcahin adalah transparent, permenant, unalterable

Sebab itu sangat bagus kerana bukan boleh suka-suka hati ubah rekod dengan mudah.  Untuk tahun 2018, Negara yang dah gunakan teknologi blockcahin :

USA 29%

China 18%

Australia 7%

Japan 6%

Hong Kong 5%

India dan UK 5%

Kebanyakkan negara lain dah laju guna teknologi blockchain terutamanya Financial Services Industries

Negara Malaysia kini sudah berjinak-jinak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat seperti Seminar Blockchain Kebangsaan November 2018 (rujuk gambar di bawah)

Seminar blockchain Kebangsaan dan bengkel matawang kripto 2018

Selidik Background Company

Apatah lagi melihat betapa serius nya company ini mengatur strategi sejak saya terlibat pada 2016 sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, menyaksi bagaimana  syarikat membina kekuatan serta meletakkan kedudukan mereka dengan memjenamakan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

kereta Formula E ditaja oleh FOIN

 

Bayangkanlah permulaan pengguna FOIN pada April 2018 adalah seramai 80,000 user sehingga kini sudah mencecah 247,000 orang pada akhir oktober 2018 di 50 buah negara termasuk Malaysia. Dijangkakan pada Julai tahun 2019 pengguna FOINS bakal mencecah setengah juta dan ia merupakan satu kejayaan yang besar.

Berbalik kepada dengan FOIN, setelah tiga (3) bulan berjaya  dilombongkan bermula 1 April 2018 hingga 30 June 2018. Pada waktu itu harga di tawarkan kepada member seluruh dunia yang telah terlibat dengan platform Financial Education ini. Harga di tawarkan satu (1) Foin adalah USD100 pada 1 April 2018.

Kemudian akan meningkat satu (1) USD setiap hari untuk tahun pertama. Seterusnya meningkat dua(2) USD setiap hari untuk tahun ke dua, meningkat empat (4) dollar sehari untuk tahun ke tiga, begitulah sehingga kontrak 10 tahun sebagaimana di bawah, di mana tahun ke lima mencapai USD11,417 untuk 1 FOINS.

 

Jadual 10 tahun FOIN

Harga ini telah di program dalam sistem yang di control oleh company ini dengan. Kalau anda berkesempatan berjumpa saya bolehlah saya tunjuk sistem live seperti di bawah

current price FOIN in system

 Sekarang ini harga FOIN masih dalam proses mining pre-market.  user FOINS excited  tertunggu-tunggu fasa pertama FOIN di buka kepada public pada Januari 2019, kerana pada waktu itu harga di jangka mencapai USD1,000 untuk 1 FOINS iaitu melebihi harga dalam sistem.

 

Kenapa? kerana keistimewaan FOIN yang menggunakan sistem Artificial Intelligence “first in the world” dalam dunia cryptocurrency di mana dijangkakan proses mining akan siap sepenuhnya untuk di buka kepada global public pada 30 june 2019 atau lebih awal dari itu InsyaAllah.

 

Alhamdulillah, satu KEJUTAN yang besar bagi saya sebagai salah seorang yang telah memiliki FOINS ini, malah company sendiri terkejut dengan penerimaan orang awam. Apa yang telah berlaku?

Pada 4 june 2018, FOIN telah Berjaya di listed dalam CryptoBridge, iaitu decentralized Cryptocurrency Exchamge pada harga USD250. Selepas 10 hari disenaraikan harga ditrading dalam USD290 (melebihi 15%). Ini adalah permulaan yang sangat baik.

Malah kejutan demi kejutan di atas permintaan FOIN ini menyebabkan harga meningkat melebihi jadul 10 tahun yang saya tunjukkan di atas tadi.

Apa Buktinya?

Lihat harga pada bulan September bulan Oktober , bulan November di bawah . Alhamdulillah! MasyaAllah! kebanyakkan user termasuklah saya tertunggu-tunggu untuk menyaksikan harga semasa market mula di buka kepada public untuk fasa pertama januari 2019, tinggal 2 bulan lagi insyaAllah. Anda bagaimana? Milikinya sekarang. Kata orang putih “better late than never”

Harga pada bulan August 2018 USD448 …

FOIN august2018

Harga pada bulan September 2018 USD600 …

FOIN september2018

 

Harga pada bulan Oktober 2018 USD700 …

FOINoktober2018

Harga pada bulan November 2018 USD800 ++

harga FOIN november 2018

 

Apa pula expectation dari public seperti google, facebook? Lihat gambarajah di bawah

FOIN proce prediction by public facebook google

 Alhamdulillah FOIN masuk sudah pun memasuki market cap (rujuk gambarajah di bawah)

FOIN Market Cap

Ada banyak lagi yang anda perlu tahu kenapa anda perlu memilih FOIN. Cukuplah untuk kali ini. Bertemu kita seterusnya dalam artikel yang akan datang InsyaAllah.

Apa jua keputusan yang kita buat, mesti rujuk kepada Yang Maha Tahu Segala Yang Ghaib dan Yang Nyata. Solatlah Istiharah minta petunjuk dari DIA YA HADI Yang Maha Memberi Petunjuk.

Moga kita berpaut dengan ikatan silaturrahim melalui alam maya ini. Moga sahabat yang membaca ini diberkatiNya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Saya doakan kepada sahabat yang sudi berkongsi artikel ini, moga Allah titipkan hadiah dan kurniaan yang terbaik disisiNya buat sahabat-sahabat pembaca. Amiin. Walaupun kita belum pernah bersua muka, moga kesudian menyebarkan tulisan ini menjadi asbab kebaikkan. Insya Allah.