Kembara Syahadah Kota Seribu Wali

Alhamdulilah! Bersyukur dan terharu bila wartawan Harian Metro jemput kami berkongsi kisah kembara ke Kota Seribu Wali.

Alhamdulillah saya bersama keluarga serta sahabat berkembara syahadah di bumi Yaman 11 hari pada tahun 2018. Bagi kaum muslimat yang mahu ke bumi Yaman perlu memakai niqab, jubah dan stokin warna hitam adalah antara adab yang perlu kami patuhi semasa ziarah.

Keratan Harian Metro slot artikel kembara Syahadah bertarikh 1 Mei 2019 mukasurat 19

Alhamdulillah terlalu banyak pengalaman yang tidak dapat kami zahirkan melalui kata-kata. Moga serba sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk meraih cinta kembara syahadah Yaman insyaAllah.

Perjalanan hati adalah kembara mencari ilmu menuju Allah. Hati yang mengembara kepada satu stesen ke stesen. Yang akhirnya saya fahami setiap perjalanan kembara syahadah perlu selari dengan perjalanan hati. La ilaha illAllah, Muhammadur RasulAllah ﷺ. Kerana hati adalah tempat pandangan Allah.

Maka perjalanan kami bermula dengan niat dan tujuan sebelum memulakan kembara syahadah agar diberkatiNya dunia dan akhirat. Kami diingatkan untuk menjauhi percakapan yang sia-sia dan menjaga adab serta menjaga hati dan berbaik sangka.

Sekitar Maqam Imam Ahmad Muhajir

Antara makam-makam yang kami ziarahi adalah Makam Nabi Imran Alaihissalam, Nabi Ayub Alaihissalam, Al-Imam Muhammad Shohib Mirbath, Sayyidunal Imam Al Faqih Al Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbat, Al-Imam Ahmad Al-Muhajir dan ramai lagi.

Sheikh Abdul Rahman As-Segaf pernah berkata di pemakaman Zanbal sahaja bersemayam lebih 10,000 para tokoh aulia dan tidak jauh dari makam Zanbal terletak lokasi makam 70 para sahabat Rasulullah ﷺ yang pernah bersama baginda semasa perang Badar.

Kami dapat rasakan Rahmat dan Kurniaan Allah tidak putus-putus mencucuri bumi barakah ini. Maka nyatalah isyarat yang pernah disabdakan oleh Rasulullah ﷺ “Aku menghidu nafas Ar-Rahman dari arah Yaman.”

Rasullullah ﷺ juga pernah bersabda: “Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Feqah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmah juga ada pada orang Yaman. (H.R. Bukhari)

Baby Yusuf dan suami meyaksikan Unta di sekitar kawasan Maqam Nabi Allah Ayub Alaihissalam

Apabila kami ziarah ke makam para Awliya Allah dan Anbiya’ kami diingatkan tentang kehidupan dunia yang sementara. Malah alam kubur merupakan  fasa pertama kehidupan sebenar bermula. Adakah kita bersedia? Persoalan demi persoalan menerjah minda saya.

Satu persoalan besar yang saya belajar semasa kembara ini adalah apabila mendapati setiap satu dan semua Nabi dan Rasul yang diutus ke muka bumi ini hanyalah satu, iaitu menyebarkan ilmu rukun Islam pertama sebagimana FirmanNya :

Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu (Muhammad ﷺ) melainkan Kami wahyukan kepada mereka: “Bahwasanya La ilaha illa Ana, Fa’budun” (Surah Al Anbiya ayat 25)

Malah saya tertanpar dengan peringatan tentang amanah berat yang kita pikul sebagai manusia, sedangkan bukit dan langit tidak mahu terima amanah ini, kerana takut tidak lepas  ujian di dunia. Allah berfirman:

 “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan dapat melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat jahil.” (Surah Al-Ahzab ayat 72)

Benar sesungguhnya kita hidup dalam keadaan menzalimi diri sendiri jika kita tidak kenal amanah itu.

Baby Yusuf bersama penduduk tempatan

Kitalah yang bernama manusia telah memilih untuk dihantar ke dunia untuk diuji. Dan Allah mahu melihat siapakah di antara kita yang benar-benar mahu berkehendakkan Allah dan mencari redha-Nya. Serta yang mahu memenuhi janjinya semasa di alam roh. Hidup menyaksi adalah janji yang dilupakan. Syahadah adalah menyaksi dan bukan semata-mata ucapan:

 “Dan (ingatlah) ketika Robbmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya), “Bukankah Aku Robb kamu?” Mereka semua menjawab:”Benar (Engkaulah Robb kami), kami menjadi SAKSI“. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (Surah Al-Araf : ayat 172)

Melaluinya saya belajar untuk mencari yang haq, mencari kebenaran. Dunia ini adalah perjalanan hati untuk mengenaliNya dan akhirnya kita menanti saat pertemuan dengan-Nya. Jika di dunia kita tidak menyaksiNya, bagaimana mungkin kita boleh menyaksi-Nya di alam akhirat? Itulah soalan yang ditanyakan kepada kami perserta kembara Yaman.

Anakanda Alisha di sekitar Maqan Nabi Allah Hud Alaihissalam

Kita perlu ada mujahadah, keinginan mahu beri manfaat kepada umat agar Allah redha dengan kita. Menyampaikan walaupun dengan sepotong ayat. Allah pilih kita untuk melakukan kebaikkan-Nya sebab Allah tahu kita ada keinginan dan semangat itu, sebab tu Allah pilih kita. Adakah kita sudah tidak mahu peduli atas rasa percaya Allah pada kita yang bernama manusia?

Jangan biarkan musuh-musuh hanyutkan dan binasakan kita. Jangan menyerah kalah di arena pentas dunia ini, bangun dan bangkit dengan kekuatan dari Allah untuk junjung amanah Allah ini. Lahawlawala quwwata illa billah.

Jika kita masih buta hati di dunia, maka di akhirat kita akan buta malah lebih sesat. Allah berfirman:

Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat dari jalan yang benar. (Surah Al-Isra’ ayat 72)

Kesimpulan dari kembara Yaman ini, saya mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat pembaca budiman, carilah pelajarilah ilmu yang diturunkan kepada semua para Nabi dan Rasul sebagaimana yang Allah perintahkan:

Fa’lam annahu La ilaha illAllah. Pelajarilah, carilah, tuntutilah Lailaha illAllah (Surah Muhammad : ayat 19)

Mohon maaf di atas segala kekurangan saya dalam tulisan ini. Moga kita bertaut dengan kasihNya dalam perkongsian kembara ini untuk manfaat orang lain. Moga sahabat pembaca dimuliakan Allah, disayangi Allah dan Rasul sallallhu a’laihi wasallam.

Salam perkenalan dan mohon doakan setiap perkongsian saya memberi manfaat kepada umat Muhammad sallallhu a’laihi wasallam. Mohon sudi kongsikan artikel ini dan subscribe Youtube: Era Adlina InsyaAllah.

Kredit : Harian Metro bertarikh 3.5.2019 hari jumaat mukasurat 19 dalam slot artikel Kembara Syahadah.

Perjalanan Hati Menyaksi ILAH ALLAH

bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

أشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Hati yang benar-benar mahu berkehendak kepada Allah, mahu kenal Allah dan mereka yang benar-benar berkehendakkan Allah ia pasti menyaksi Illah Allah di dunia ini dengan hati yang jujur dan ikhlas.

 

Pesan guru, sebelum kenal Allah kena kenal illah.

Kita berusaha mahu mencari dan kenal illah Allah… mujahadah dan teruskan perjuangan dalam meniti ujian hidup ini.

Pesan guru, kita pernah menyaksi ilah Allah di alam roh, bila di dunia Allah mahu kita saksikanNya… menyaksi bukan dengan mata kepala, tetapi dengan mata hati… bila mata hati menyaksi, kita boleh RASA dengan hati, RASA kebesaranNya… Allah ciptakan hati dengan kapasiti untuk RASA kebesaranNya.

langit dengan sinar mentari yang terbit

Jika kita benar-benar mahu jadi hamba-Nya, kita benar-benar nak mengESA dan menTAUHIDkan-Nya… kitalah yang perlu mendatangi ilmu, bukan kita duduk diam tunggu hidayah datang…

Ilmu ibarat peta untuk sampai kepada illah Allah… Kita perlu mujahadah bertaut dengan sheikh mursyid yang ada talian dengan Rasulullah sallallahu a’laihi wasallam supaya hati kita terbuka…

Carilah, pelajarilah sebagaimana yang Allah perintahkan.

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ
Maka Pelajarilah, bahawa sesungguhnya tiada ILLAH selain Allah.
(Surah Muhammad : ayat 19)

jalan lurus berlatarkan awan putih yang menyegarkan

Pesan Syeikh Abdul Qadir Jailani :

Cara mencari guru mursyid tentang ilmu syahadah yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki makam tauhid :-

Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :

” Ya ROBBku..! tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan engkau, yang memberi minum dengan minuman engkau, memberi celak mata kedekatan ku dengan cahaya kedekatan engkau  dan memberi tahu kepada ku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan”…

“Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu”.

kata kata hikmah Sheikh Dr Ismail Kassim

Lahaw lawala quwwata illa billah.

Alhamdulillah Allah pilih sahabat yang membaca perkongsian ini sehingga habis… moga ada bait-bait kata yang menyentuh hatimu. Moga Allah berikan kefahaman buat yang membaca entri ini.

Mohon sudi kongsikan untuk manfaat yg lain. Allah lah yang memberi kebaikkan dan pahala yang berpanjangan kepada yang sudi SHARE artikel ini. Ameen Ya Robbal A’lamin.

Salam perkenalan kepada yang sudi singgah di blog ini. Moga kita bertaut dengan kasih-Nya dalam perkongsian ilmu untuk manfaat umat Muhammad. Moga yang membaca entri ini dimuliakan Allah, disayangi Allah dan Rasul sallallhu a’laihi wasallam. Ameen.

Memang setiap kali baca Buku ini rasa nak menangis

bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Apa kata pembaca buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan ( BKAK )

Alhamdulillah, Izinkan Era berkongsi luahan hati dari salah seorang pembaca buku BKAK. Moga menjadi inspirasi buat pembaca mahupun bakal pembaca buku BKAK. Insya Allah.
*******************************

Assalamualaikum kak 🙂

Saya adalah pembaca buku yang ditulis oleh akak. Masih sedang membaca, belum habis lagi. Tapi setiap bait coretan akak tu memang terkesan sangat dengan saya.

Saya beli buku akak waktu saya betul-betul tengah runsing, sedih, putus harapan dan kecewa.

Saya dah hampir dua tahun kahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Selepas hamil luar rahim dan berusaha macam-macam masih tak berjaya. Sehinggalah saya dan suami buat ujian kesuburan. Ternyata masalah kesuburan tu datang dari saya.

Tiub fallopion saya tersumbat dan kebarangkalian untuk mengandung semulajadi tiada. Saya dicadangkan untuk buang tiub dan cuma dibenarkan hamil cara IVF.

Saya pulang dari hospital dengan rasa sedih yang teramat. Sehinggakan saya minta suami kahwin lain dan sebagainya.

Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang sangat baik hati dah memahami. Dari mula kahwin hingga ke harini tidak pernah cakap soal zuriat. Dan inilah ujian kami berdua.

Allah itu sebaik baik perancang.

Ujiannya tidak pernah tersalah alamat. Walaupun saya kerap persoalkan kenapa saya ?

Allah itu tidak zalim pada hambanya. Kita yang menzalimi diri sendiri.
Teringat coretan akak tentang kisah nabi yunus ditelan ikan paus.

Dan  Allah juga yang tunjukkan saya jalan untuk ke kedai buku dan ternampak buku akak.

Memandangkan kerja saya sangat banyak saya cuma berkesempatan baca buku akak sewaktu dalam LRT.

buku bersama kesusahan ada kesenangan

Memang setiap kali baca rasa nak menangis. Memang Allah itu sangat sayang kan kita. Ujian yg Allah bagi dalam kesusahan ada kemudahan.

Saya teringin jumpa akak. Saya doakan akan terus berjaya dan buku ni mendapat sambutan yang menggalakkan.

Buku yang sangat dekat dengan saya. Saya harap akk doakan lah saya tabah dan sabar dalam ujian yang Allah berikan.

Dan semoga urusan akak juga dipermudahkan.
Mudah mudahan kita dapat berjiran di dalam syurga . 😊
Assalamualaikum

Testimoni Buku Bersama Kesusahan Ada KesenanganTestimoni buku Bersama Kesusahan Ada KesenanganTestimoni buku Bersama Kesusahan Ada KesenanganTestimoni buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

*****************

Begitulah luahan hati beliau salah seorang pembaca buku BKAK.

Era hanyalah hamba-Nya yang menulis dan berkongsi bahawa sungguh benar janji-Nya bahawa BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN sebagaimana terakam dalam Al-Quran. Allah jugalah yang selayaknya dipuji .

Alhamdulillah, Terima kasih Allah kerana sudi tadbir diri kami dengan kefahaman-Mu.

Moga buku ini menjadi asbab hidayah untuk kita kembali bertaut kepada kasih-Nya dan Rasul Sallallahu a’alaihi Wasallam. Ameen Ya Robb.

****************

Alhamdulillah, kepada yang ingin mendapatkan buku BKAK terbitan Suhan Publication ini boleh di dapati di MPH bookstore ataupun boleh hubungi Era. Insya Allah.

“Kenali Era Adlina” Penulis, Perunding Motivasi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Robb yang memiliki sifat ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam serta kepada para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga baginda.

Saya bernama Era Adlina berumur 39 tahun. Izinkan saya berkongsi tentang diri saya. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pegawai bank hampir 8 tahun. Alhamdulillah kini lebih selesa bekerja sendiri dari rumah sebagai penulis dan perunding motivasi. Insya-Allah.

Apakah turning point yang menyebabkan saya mula menulis ?

Sejak berhenti kerja saya pernah terlibat dalam perniagaan secara online. Tetapi saya masih belum dapat menjiwai perniagaan online tersebut. Saya seakan-akan pelik dengan setiap kejadian yang berlaku dalam perjalanan hidup sehingga saya mencari jawapan.

Continue reading ““Kenali Era Adlina” Penulis, Perunding Motivasi”