Tahukah Anda tentang Potensi Perniagaan USD100 juta?

Alhamdulillah! Pada 23.3.2019 dapat berkumpul dengan “The great Business Partners”

_
Perkara utama yang kami belajar adalah apakah “BURNING DESIRE” yang besar dalam hidup yang menyebabkan semangat kita tidak pernah luntur untuk kita terus istiqamah dalam mencapai impian kita.

=> “Burning Desire” kenapa anda buat apa yang anda buat sekarang? 
=> “Burning Desire” Kenapa anda perjuangkan apa yang anda buat sekarang? 
=> “Burning Desire” Ke mana arah anda nak bawa client anda dan team business partner anda?

_
Antara perkongsian yang disampaikan oleh Tuan Hj Amin adalah:

Jika “Burning Desire” kita semata-mata mahu memiliki kereta mewah atau rumah besar, kita tidak akan pergi jauh kerana “Burning desire” itu terhad untuk diri kita sahaja.

Tetapi bila kita mula memikirkan “Burning desire” kita adalah untuk manfaat umat Nabi Mulia Sallallahu A’alaihi Wasallam, untuk menjadi funder terbesar dalam kerja dakwah misalnya, maka barulah kita akan pergi lebih jauh insyaAllah.

_
Kisah inspirarsi Tuan Haji Amin dalam kerja dakwahnya di dalam dan luar negara begitu memberi inspirasi kepada kami. Katanya lagi;

“Burning desired” yang kuat akan menyebabkan kita mahu capai sesuatu impian dengan NIAT yang sangat JELAS. Bila kita impikan sesuatu perkara, walhal kita tidak pernah fikirkan, malah kita tidak pernah bincang untuk apa kita mahu capai impian tersebut, maka ia tidak akan boleh berlaku kerana kita tidak ada niat yang jelas.

_
Kata beliau lagi; “ Cara kita berfikir akan menentukan siapa diri kita, dan apa yang kita sangka menentukan tindakan yang kita buat. Jaga sangkaan kita, kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya”

_
Bila kita mahu capai pendapatan yang berjuta-juta misalnya, percayalah kita tidak akan capai jika kita meletakkan pengalaman kita ada kuasa untuk mencapainya, bila kita meletakkan kekuatan kita yang menyebabkan kita akan mencapainya.

Tetapi bila kita berimpian besar dan meletakkan hanya ALLAH yang Maha Besar yang mampu mentadbir diri kita untuk mencapai setiap satu yang kita impikan, maka kita selangkah untuk capai apa yang kita mahu capai insyaAllah.

“Ya Allah! Terima Kasih ALLAH kerana sudi tadbir diri kami dengan KepintaranMu, Terima Kasih ALLAH kerana sudi tadbir kami dengan KekuatanMu, Terima Kasih ALLAH sudi tadbir kami dengan KasihMu. La hawlawala quwwata illa billah…”



_
Alhamdulillah! Terima kasih kepada Tuan Hj Amin yang sudi berkongsi dengan kami manfaat tentang “Saham US Stock dan Kesedaran tentang Blockchain yang berpotensi sehingga USD100juta ” dan berkongsi kisah kejayaan dan inspirasi dengan kami untuk mencipta Kejayaan Luarbiasa dalam dunia Saham dan Blockchain. Moga usaha ini diberkatiNya dunia dan akhirat. Amiin <3

Bagaimana dengan sahabat yang sedang membaca posting ini. Apa “Burning desired” Anda? Apakah IMPIAN YANG MEMBAKAR SEMANGAT ANDA yang menyebabkan anda buat apa yang anda buat sekarang?

#EraAdlina
#SpreadTheLove
#BersamaKesusahanAdaKesenangan
#FOIN
#Aliexchange
#GreatLeadership
#UnlockYourHiddenPotential
#Saham
#Blockchain

Kisah Impian Burung Hud-hud

kalimah bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Setiap orang pasti mempunyai impian dalam hidup. Anda ada impian? saya ingin mengajak anda menghayati kisah burung Hud-Hud. Ini bukan kisah dongeng . Kisah burung hud-hud ini ada di ceritakan dalam Al-Quran.

Terlalu banyak kisah-kisah yang di paparkan dalam Al-Quran sebagai bekalan manual hidup kita untuk belajar dari kisah yang dirakamkan melalui KalamNya untuk hamba-hambaNya. Yang pasti setiap kisah dalam Al-Quran sangat relevan dari zaman dulu hingga zaman yang moden ini.

burung bebas terbang kejar impian

Perhatikan burung yang terbang di langit. Ia membawa kita berfikir dan mengimbau kisah burung hud-hud ini. Kisah ini di ceritakan dalam Surah Al-Naml ayat 20 hingga 28. Mari kita sama-sama belajar mencari hikmah melalui burung hud-hud ini.

Kisah burung hud-hud yang terlewat dalam perhimpunan yang di adakan oleh Nabi Sulaiman AS. Apabila Nabi Sulaiman AS bertanyakan burung hud-hud di atas kelewatannya.

Hud-hud mengatakan bahawa dia mengetahui tentang sesuatu  yang tidak diketahui oleh Nabi Sulaiman AS iaitu berita dari negeri Saba’ di mana seorang perempuan bernama Balqis telah menyembah matahari dan bukannya Allah sehingga menghalangnya dari jalan Allah.

Lalu Nabi Sulaiman AS mengarahkan burung hud-hud untuk membawa surat untuk disampaikan kepada puteri Balqis.

burung hantar surat cinta

Antara petikan burung hud-hud sebagaimana yang di rakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Aku (burung Hud) dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalang mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak mendapat petunjuk. Mereka (juga) tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan. Allah, tidak ada ilah melainkan Allah, Robb yang mempunyai Arasy yang agung.”    (Al-Naml 27: 24-26)

SubhanAllah! Walaupun burung hud-hud ini adalah makhluk Allah yang kecil tetapi dia berimpian besar untuk membantu Nabi Sulaiman AS untuk mencari maklumat dari sebuah negeri.

Walaupun dia tahu bahawa Nabi Sulaiman AS boleh jadi murka dengan kelewatannya sehingga Nabi Sulaiman memberi amaran untuk menyembelihnya sebagai hukuman yang berat kecuali dengan alasan yang jelas.

puteri balqis senyum gembira

Asbab daripada usaha burung hud-hud itu akhirnya Balqis berkata seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dia (Balqis) berkata: “Ya Robb, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Robb seluruh alam”   (Al-Naml : ayat 44)

Terkesima dan terharu dengan sikap burung hud-hud yang berani walaupun dia adalah makhluk yang kecil tetap impiannya untuk mengajak manusia seperti  Balqis untuk kembali kepada Allah, seekor burung yang kecil tetapi mempunyai impian yang besar.

Kisah ini mengajak kita berfikir bahawa, jika dia seorang burung mampu untuk berimpian, maka siapa pun kita dan walau sekecil manapun kita, setiap orang layak berimpian.

Kadang-kadang Allah beri semangat untuk kita lakukan dengan lebih baik apabila melihat burung yang bebas terbang di langit yang tiada keluh kesah.

Impian untuk memberi manfaat kepada seramai umat Muhammad dalam setiap pekerjaan kita agar Allah redha dengan kita.

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan manfaat buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen. Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk menghasilkan artikel yang lebih baik untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.