Mengundang Kesenangan dengan Bersyukur

bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Bacalah dengan penghayatan, wahai sahabat-sahabat budiman yang disayangi Allah dan Rasul

Kisah Penjual Suratkhabar

Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegagalan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Nampaknya seperti sebuah buku.

Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacanya. Namun perlahan-lahanku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

Lalu salam diberi; “Assalamu ‘alaikum”
Penjual surat khabar: “Waalaikum salam”

“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?” …
Penjual surat khabar: “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”

“Wah susah juga ya kalau hujan begini” …
Penjual surat khabar: “Insya Allah adalah rezekinya.”

“Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
Penjual surat khabar: “Itu maksudnya rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”

“Kenapa?”
Penjual surat khabar: “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah waktu mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

“Jadi, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
Penjual surat khabar: “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”

“Kalau tidak ada yang boleh dimakan”? …..
Penjual surat khabar: “Bererti rezeki saya berpuasa”

“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
Penjual surat khabar: “Allah Subhanahuwa Ta’ala yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Walaupun jualan surat khabar tidak laku, dan harus berpuasa, Alhamdulilah, saya tidak pernah kelaparan” – katanya sangat ikhlas menutup bicara kata…

hujan rahmat seperti rezeki yang mengalir

Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pun pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung… tanpa kusedari cermin mataku menjadi gelap kerana bercucuran air mataku. Aku tersedar dan terpukul dengan kata-kata penjual surat khabar jalanan.

Ada penyesalan di dalam hatiku. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Adakah aku khuatir tidak mendapat wang?, Risau baju di sidaian basah? Atau merungut dalam jem disebabkan hujan? Ataupun keluh kesah tidak boleh dapat pelanggan yang mahu membeli barang jualan?

Aku tertunduk malu. Seperti Allah mahu sampaikan teguran buatku, bahawa rezeki bukan wang semata-mata. Tatkala kita mampu bersyukur saat di uji adalah satu nikmat yang besar. Kita belajar untuk mengatakan:

“Ya Allah aku bersyukur dengan setiap langkahku, hatta dengan ujian yang Engkau datangkan, kerana aku ingin membalas-Mu dengan kata-kata tuturku yang membuatkan Engkau senang dan Redha denganku”

Sahabat-sahabat kesayangan…

Bila kita mampu bersyukur saat di uji, adalah jauh lebih bermakna dan tatkala itu Allah dengan kasih-Nya menaburkan ketenangan dalam jiwa yang tak terjangkau dek akal.

Saat itu kita mahu segera bersujud kepada-Nya, merebahkan diri pada-Nya atas nikmat bahagia, rasa kasih-Nya. Hanya ucapan Alhamdulillah berkali-kali menerobos ke dalam jiwa yang dahaga dan rindu pada Ilahi…Alhamdulillah

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan semangat untuk kita terus bersyukur saat di uji. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen.

Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.

Alhamdulillah! Blog Pertama Saya

Bismillah…

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillah! saya masih lagi terkejut dengan “hadiah” dari Allah ini. Tatkala Allah pertemukan saya dengan seorang yang saya anggap cikgu yang mengajar dari hatinya.

Beliau adalah saudara eizil yang bukan sahaja mengajar saya dalam menulis artikel untuk blog pertama saya, malah berkongsi pengalaman tentang kepentingan menulis blog dan bagaimana ia dapat bantu memberi manfaat kepada pembaca.

 

Kenapa Mahu Menulis Blog?

Sebenarnya impian menulis blog ini sudah lama saya simpan. Anda bagaimana? Pernah berimpian menulis di blog? Impian menulis blog ini timbul apabila, salah seorang pembaca buku saya bertanya kepada saya  samada saya mempunyai blog untuk dimanfaatkan daripada penulisan blog tersebut.

Continue reading “Alhamdulillah! Blog Pertama Saya”