Unlock Your Hidden Potential

Alhamdulillah! Pada 3.3.2019 dapat berkumpul dengan “The Extraordinary Leaders”. Ada yang berlatar berlatar belakang Dr Falsafah, Pegawai Bank, Cikgu sekolah, Suri rumah pun ada.

_
Walaupun hari ahad biasanya adalah waktu berehat, tetapi kesungguhan mereka untuk hadir untuk sama-sama belajar menimba ilmu amat saya kagumi.

_
Ada yang hadir seawal 8 pagi walaupun kelas bermula 9pagi. Benar! salah satu ciri seorang yang berjaya adalah “GOOD ATTITUDE”.

_
Yang menarik sekali siapa kita itu tidak penting, yang penting kita semua ada “BIG WHY” yang besar dalam hidup. 
=> “BIG WHY” kenapa anda buat apa yang anda buat sekarang? 
=> “BIG WHY” Kenapa anda perjuangkan apa yang anda buat sekarang? 
=> “BIG WHY” Ke mana arah anda nak bawa client anda dan team business partner anda?

_
Tatkala menyaksikan air mata kasih yang berderai di pipi para peserta program semasa sesi “Unlock Your Hidden Potential” benar-benar menyentuh hati saya. Ya Ilahi Ya Allah pimpinlah kami dengan pimpinan KasihMu, bimbinglah kami dengan bimbingan kasihMu, Lindungilah kami dengan lindungan KasihMu. Moga Allah berkati semua peserta Extraordinary Leaders dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amiin.

_
Alhamdulillah! Terima kasih kepada Encik Suamiku Mohd Hamizane yang bersama berkongsi manfaat tentang “Kesedaran Saham US Stock dan Cryptocurrency”

_
Alhamdulillah! Terima Kasih kepada abang iparku Tuan Hj Zul yang sudi meluangkan masa dan tidak jemu berkongsi kisah kejayaan dan inspirasi dengan para Extraordinary Leaders untuk mencipta Kejayaan Luarbiasa dalam “The future of FOIN”

_
Alhamdulillah! Terima kasih ibundaku Puan Rusnah yang sudi hadir dan menyokong perjuangan anakda dan tidak jemu mendoakan kejayaan anakanda dunia dan akhirat.

_
Bagaimana dengan sahabat yang sedang membaca posting ini. Apa “BIG WHY” Anda?

#EraAdlina
#SpreadTheLove
#BersamaKesusahanAdaKesenangan
#FOIN
#GreatLeadership
#UnlockYourHiddenPotential
#Saham

Kisah Impian Burung Hud-hud

kalimah bismillah

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.

Setiap orang pasti mempunyai impian dalam hidup. Anda ada impian? saya ingin mengajak anda menghayati kisah burung Hud-Hud. Ini bukan kisah dongeng . Kisah burung hud-hud ini ada di ceritakan dalam Al-Quran.

Terlalu banyak kisah-kisah yang di paparkan dalam Al-Quran sebagai bekalan manual hidup kita untuk belajar dari kisah yang dirakamkan melalui KalamNya untuk hamba-hambaNya. Yang pasti setiap kisah dalam Al-Quran sangat relevan dari zaman dulu hingga zaman yang moden ini.

burung bebas terbang kejar impian

Perhatikan burung yang terbang di langit. Ia membawa kita berfikir dan mengimbau kisah burung hud-hud ini. Kisah ini di ceritakan dalam Surah Al-Naml ayat 20 hingga 28. Mari kita sama-sama belajar mencari hikmah melalui burung hud-hud ini.

Kisah burung hud-hud yang terlewat dalam perhimpunan yang di adakan oleh Nabi Sulaiman AS. Apabila Nabi Sulaiman AS bertanyakan burung hud-hud di atas kelewatannya.

Hud-hud mengatakan bahawa dia mengetahui tentang sesuatu  yang tidak diketahui oleh Nabi Sulaiman AS iaitu berita dari negeri Saba’ di mana seorang perempuan bernama Balqis telah menyembah matahari dan bukannya Allah sehingga menghalangnya dari jalan Allah.

Lalu Nabi Sulaiman AS mengarahkan burung hud-hud untuk membawa surat untuk disampaikan kepada puteri Balqis.

burung hantar surat cinta

Antara petikan burung hud-hud sebagaimana yang di rakamkan dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Aku (burung Hud) dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalang mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak mendapat petunjuk. Mereka (juga) tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan. Allah, tidak ada ilah melainkan Allah, Robb yang mempunyai Arasy yang agung.”    (Al-Naml 27: 24-26)

SubhanAllah! Walaupun burung hud-hud ini adalah makhluk Allah yang kecil tetapi dia berimpian besar untuk membantu Nabi Sulaiman AS untuk mencari maklumat dari sebuah negeri.

Walaupun dia tahu bahawa Nabi Sulaiman AS boleh jadi murka dengan kelewatannya sehingga Nabi Sulaiman memberi amaran untuk menyembelihnya sebagai hukuman yang berat kecuali dengan alasan yang jelas.

puteri balqis senyum gembira

Asbab daripada usaha burung hud-hud itu akhirnya Balqis berkata seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dia (Balqis) berkata: “Ya Robb, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Robb seluruh alam”   (Al-Naml : ayat 44)

Terkesima dan terharu dengan sikap burung hud-hud yang berani walaupun dia adalah makhluk yang kecil tetap impiannya untuk mengajak manusia seperti  Balqis untuk kembali kepada Allah, seekor burung yang kecil tetapi mempunyai impian yang besar.

Kisah ini mengajak kita berfikir bahawa, jika dia seorang burung mampu untuk berimpian, maka siapa pun kita dan walau sekecil manapun kita, setiap orang layak berimpian.

Kadang-kadang Allah beri semangat untuk kita lakukan dengan lebih baik apabila melihat burung yang bebas terbang di langit yang tiada keluh kesah.

Impian untuk memberi manfaat kepada seramai umat Muhammad dalam setiap pekerjaan kita agar Allah redha dengan kita.

Moga tulisan ini memberi inspirasi dan manfaat buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di ruangan komen. Ataupun jika ada sebarang teguran buat saya mahupun cadangan untuk menghasilkan artikel yang lebih baik untuk manfaat orang ramai, silakan Insya Allah.